Kes TBH (Klik): Mahkamah Rayuan putuskan ia kematian dalam tahanan
Mahkamah Rayuan di
Putrajaya hari ini sebulat suara membatalkan keputusan terbuka koroner dalam
inkues kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock.
Oleh kerana
kepentingan kes itu, mahkamah telah menulis tiga penghakiman yang berasingan.
Hakim Datuk Mah
Weng Kwai adalah yang pertama membaca penghakimannya. Dua lagi hakim yang
bersidang bersama beliau dan yang juga akan membacakan keputusan mereka ialah
Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.
Hakim Mohamad Ariff
mengetuai panel hakim tersebut.
Hakim Mah
memutuskan bahawa majistret (yang bersidang sebagai koroner) dan Mahkamah
Tinggi di Shah Alam, telah menggunapakai ujian yang salah yang memerlukan
keluarga Teoh membuktikan dakwaan mereka (mengenai punca kematiannya) melampaui
keraguan yang munasabah.
Ujian yang betul
untuk digunapakai dalam siasatan kematian atau inkues adalah imbangan ujian
kebarangkalian.
Hakim Mah
memutuskan bahawa kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan apabila dia
ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Beliau memutuskan
Teoh tidak sengaja jatuh dengan sendirinya dan dengan itu menolak bunuh diri
sebagai punca kematian Teoh.