Dalam negara bagaimana pula? Nak diceritakan satu persatu banyak sangat.... cari lah sendiri (Klik).
New
York: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gembira dan puas hati dengan
lawatan kerja selama sembilan hari ke Amerika Syarikat (AS) bermula 20
September lepas yang merangkumi sebelas tugas meliputi hal ehwal antarabangsa,
ekonomi dan belia.
Tugas berkenaan termasuk berucap pada Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), menghadiri mesyuarat perubahan iklim, meraih
sokongan terhadap pencalonan Malaysia sebagai wakil tidak tetap Majlis
Keselamatan PBB (UNSC).
Dalam meningkatkan hubungan Malaysia dengan negara lain, Perdana
Menteri mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan sejawatan dari Belanda
(Mark Rutte), Pakistan (Muhammad Nawas Sharif), Luxembourg (Xavier Bettel) dan
Tunisia (Dr Mohamed Moncef Marzouki).