Selasa, 30 September 2014

SIAPAKAH DALANG PENCETUS SABAH & SARAWAK KELUAR DARIPADA MALAYSIA ?


Siapa dibelakang Jeffrey Kitingan ?, semua orang tahu. Segala impian berkecai...tapi untuk meneruskan niat jahatnya tetap diperlakukan sehingga berjaya.

Semakin ramai rakyat Malaysia Timur menandatangani petisyen menuntut supaya Sabah dan Sarawak dipisahkan daripada Malaysia walaupun diancam dengan dakwaan hasutan, kata ahli politik Sabah dalam forum malam tadi.

Datuk Jeffrey Kitingan berkata, petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mampu membuka jalan kepada satu pendengaran sama ada Sabah dan Sarawak berhak untuk mentadbir sendiri kini sudah mendapat 20,000 tandatangan.

Petisyen itu masih diteruskan walaupun polis melancarkan siasatan terhadap kumpulan lain yang mengumpul petisyen secara atas talian bagi menentukan sama ada Sabah dan Sarawak perlu meninggalkan Malaysia (Klik).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...