Translate

22/08/2014

SAMSUL KETOT MERESTUI ANWAR DISUMBAT KE PENJARA ???


SEPATUTNYA DAH LAMA DISUMBAT KE PENJARA SUNGAI BULUH.

MANA ADA PENJENAYAH BOLEH BERDEBAT DIDALAM PARLIMEN DI DUNIA INI ??? Hanya Al-Juburi saja.

AL-JUBURI MASUK PENJARA PUN KONPIRASI UMNO ?? 

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin membayangkan Kongres Tahunan parti itu kali ini kemungkinan kongres terakhir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan pada Oktober atas dakwaan meliwat bekas pembantunya.


Shamsul berkata, tindakan berkenaan adalah kezaliman Barisan Nasional (BN) dan Umno yang bakal mencetuskan kebangkitan "Reformasi" seperti pada 1999 ketika ketua pembangkang itu dipenjarakan.

"Itu adalah resepi kemarahan rakyat, bagaimana reformasi bermula, rakyat marah," katanya dalam ucapannya sempena Kongres Tahunan Ke-10 Pemuda PKR di Shah Alam hari ini.

"Tindakan zalim seperti ini, BN akan menghadapi tindakan sukar, protes besar-besaran akan kita gerakkan," katanya, menambah tindakan menghukum Anwar itu bercanggah dengan "citarasa politik" masa kini.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, beliau bukan bertujuan menekan Mahkamah Persekutuan, sebaliknya hanya meminta sistem penghakiman meneliti dokumen perbicaraan dengan teliti sebelum menjatuhkan hukuman.

"Bukan kita mahu beri tekanan kepada Mahkamah Persekutuan, tetapi mereka perlu teliti dengan lengkap dokumen Mahkamah Tinggi," katanya.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun (sepatutnya lebih kerana kes kali kedua) oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.  – 22 Ogos, 2014.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...