Translate

15/08/2014

RANCANGAN AL-JUBURI DAN JIJAH KIPAS BERJAYA ???


KALAU DILIHAT MUKA KEDUA-DUA ADUN PAS YANG MENGKHIANAT PARTI PUN DAH TAU.... 

KEDUA-DUA MEREKA BOLEH DI PANGGIL BINATANG DUA ALAM... DAN TIDAK PERLU DISIMPAN DIDALAM PARTI ....

MUNGKIN DUIT PUNYA PASAL  BAI'AH (JANJI) YANG DILAFAZKAN DIKETEPIKAN.

PAS Selangor memberi tempoh 24 jam kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor untuk menarik balik pendirian mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman berkata sekiranya kedua-dua Adun berkenaan – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin.


"PAS Selangor memandang serius tindakan 2 Adun PAS ini yang mengambil pendirian dan bersikap bersendiri tanpa menurut tatacara serta arahan yang ditetapkan parti.

"Saya nasihati kedua-dua Adun ini untuk menarik balik tindakan (menyokong Dr Wan Azizah) atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan bai'ah (janji) yang dilafazkan sewaktu mereka menjadi calon (Adun)," katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam, hari ini.

Hasnul dan Saari hari ini menyertai sidang media bersama Dr Wan Azizah bagi menyatakan sokongan kepada presiden PKR itu sebagai menteri besar baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...