SULTAN DAH TAK BERKENAN DAN RAKYAT DAH TAK SUKA APA LAGI JIJAH ???
RAKYAT SELANGOR JADI MANGSA RAKUS PEMIMPIN GILA KUASA !!
SUBANG JAYA: Pakatan Rakyat sedia merampas kembali pentadbiran Selangor
selepas mendakwa memperoleh kekuatan menerusi majoriti mudah untuk membentuk
kerajaan dan sekaligus menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai
menteri besar sedia ada.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PR mempunyai sekurang-kurangnya 30
sokongan undi majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor setakat ini.
Menurut beliau, sokongan itu termasuk
dua Adun daripada PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin
(Morib).
Baki 28 Adun yang menyatakan sokongan
terhadap Dr Wan Azizah ialah ialah masing-masing 13 daripada PKR dan 15 yang
mewakili DAP.
Menurut Dr Wan Azizah, pendirian yang
dinyatakan kesemua Adun berkenaan dibuat secara bertulis menerusi surat akuan
bersumpah.
"Oleh itu saya mengutus surat
kepada Tuanku Sultan Selangor untuk memohon mengadap dan mempersembahkan
sokongan majoriti untuk perkenan tuanku," katanya pada sidang media di
sini, Khamis.