Translate

13/03/2014

GROUP WHATSAPP PEGAWAI DAN ANGGOTA PDRM PERLU DIPANTAU !!!

Anggota PDRM dilarang sebar gambar mangsa dan maklumat dalaman.

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Satu arahan telah dikeluarkan agar semua ketua dan penyelia Polis Diraja Malaysia (PDRM) memastikan pegawai dan anggota mereka tidak melakukan perbuatan yang menjejaskan imej pasukan dengan menyebar gambar mangsa di lokasi kejadian.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbuatan itu perlu dihentikan serta-merta sebelum mereka dikenakan tindakan tatatertib atau dicadangkan supaya didakwa di mahkamah.

Katanya, PDRM sentiasa memandang serius penyebaran gambar-gambar mangsa di lokasi kejadian melalui media sosial kerana perbuatan itu boleh mencerminkan sikap tidak profesional dalam menjalankan tugas.

“PDRM mengambil pendekatan tiada tolak ansur terhadap anggota yang melakukan kesalahan malah akan memastikan amalan disiplin yang tinggi.

“Ini termasuklah tindakan tegas terhadap individu yang bersalah menyebarkan gambar mangsa di lokasi jenayah ke dalam internet," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator S. Nallakaruppan yang meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan langkah yang diambil bagi memastikan pegawai polis tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar mangsa di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi memberitahu, berdasarkan rekod PDRM pada 2010, seramai dua anggota polis telah diambil tindakan tatatertib kerana didapati dengan cuai telah menyebabkan gambar jenayah tersebar.

“Perintah tetap Ketua Polis Negara telah menggariskan tatacara rakaman, pengendalian dan penyimpanan keterangan gambar digital.

“Dalam apa juga situasi, gambar digital tidak boleh dihantar menerusi jaringan telefon bimbit atau e-mel yang tidak selamat," ujarnya.

Sumber: utusanmalaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...