Translate

08/02/2014

Akta baharu jaga kebajikan pesara, bekas polis


KUCHING - Sebuah akta baharu sedang dirangka bagi menjaga hal-ehwal pesara dan bekas polis dengan lebih baik serta tersusun, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
   
Beliau berkata berkata draf pertama sudah siap namun beberapa penambahbaikan masih perlu dilakukan sebelum dibentang pada persidangan Parlimen tahun ini

"Akta baharu ini akan memberi penekanan terhadap kebajikan serta kawal selia lebih baik kepada pesara serta bekas polis di seluruh negara. Akta itu mungkin akan dikenali sebagai Akta Pesara dan Bekas Polis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pendaftaran pertubuhan kepada Persatuan Alumni Polis Sarawak.
   
Wan Junaidi berharap draf baharu akta itu mampu disiapkan secepat mungkin supaya dapat dibentang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen yang dijangka bermula 10 Mac depan.

Ketika ditanya kandungan lain akta itu, Wan Junaidi berkata selepas diluluskan, sebuah jabatan baharu serta sebuah lembaga akan diwujud bagi mengawal semua perkara berkaitan pesara dan bekas polis.
   
"Semua persatuan bekas polis seterusnya akan diminta mendaftar dengan lembaga berkenaan," katanya. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...