Translate

Memaparkan catatan dengan label Pesara Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesara Polis. Papar semua catatan

08/02/2014

Akta baharu jaga kebajikan pesara, bekas polis


KUCHING - Sebuah akta baharu sedang dirangka bagi menjaga hal-ehwal pesara dan bekas polis dengan lebih baik serta tersusun, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
   
Beliau berkata berkata draf pertama sudah siap namun beberapa penambahbaikan masih perlu dilakukan sebelum dibentang pada persidangan Parlimen tahun ini

"Akta baharu ini akan memberi penekanan terhadap kebajikan serta kawal selia lebih baik kepada pesara serta bekas polis di seluruh negara. Akta itu mungkin akan dikenali sebagai Akta Pesara dan Bekas Polis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pendaftaran pertubuhan kepada Persatuan Alumni Polis Sarawak.
   
Wan Junaidi berharap draf baharu akta itu mampu disiapkan secepat mungkin supaya dapat dibentang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen yang dijangka bermula 10 Mac depan.

Ketika ditanya kandungan lain akta itu, Wan Junaidi berkata selepas diluluskan, sebuah jabatan baharu serta sebuah lembaga akan diwujud bagi mengawal semua perkara berkaitan pesara dan bekas polis.
   
"Semua persatuan bekas polis seterusnya akan diminta mendaftar dengan lembaga berkenaan," katanya. - Bernama

14/04/2012

MAT SABU MEREKRUT PEGAWAI TERTINGGI PESARA TENTERA DAN POLIS MENJADI PENGKHIANAT ???


Bukanlah suatu yang mengejutkan apabila melihat paparan berita di sebuah akhbar tempatan, beberapa hari lalu mengenai Pas mendakwa ada pegawai tinggi kerajaan yang bersedia berkhidmat untuk parti itu dan sanggup menjadi calon sekiranya ditawarkan.

Kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh itu dikatakan berdasarkan pengakuan dibuat beberapa pegawai kerajaan dalam satu perjumpaan dengan beliau sendiri.

19/06/2011

PESARA POLIS DIABAIKAN SEJAK 30 TAHUN BERSARA


Marang 19/06/2011 - Encik Mohamad bin Ibrahim, 82 tahun, bekas KPL. 6066, tinggal di Lot. 104, Kg. Bukit Gasing, Marang, Terengganu.  Walaupun telah meninggalkan pasukan polis sejak 30 tahun yang lalu, namun beliau masih lagi tetap mengingatkan kisah-kisah lama semasa berkhidmat di dalam Pasukan Polis.   Tempat terakhir beliau berkhidmat adalah IPD Kuala Terengganu.

Semenjak beliau menetap di alamat sekarang ini, beliau tidak pernah dikunjungi oleh ahli-ahli Persatuan Bekas Polis sedangkan beliau adalah ahli persatuan tersebut, apatah lagi anggota/pegawai yang masih bertugas.  Kerusi yang digunakan itu pun dibeli sendiri dengan wang pencen yang diterima.  Isteri beliau Puan Khatijah binti Ab. Rahman, 80 tahun, juga menyuarakan tidak ke prihatinan kepimpinan Persatuan Bekas-Bekas Polis Terengganu terhadap suaminya.  Umpama 'habis madu, sepah dibuang'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...