Translate

24/12/2013

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu

SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
 
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
 
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
 
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
 
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
 
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
 
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
 
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

23/12/2013

Kerajaan Selangor Gagal - Masyarakat Cina terkilan kebajikan diketepikan


JERAM - Kebanyakan masyarakat Cina di kawasan Sungai Buloh, di sini tertanya-tanya status bantuan disediakan kerajaan negeri termasuk Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang didakwa sehingga kini sudah ‘tiada’ untuk mereka.

Lebih dikesalkan, kebanyakan sumbangan atau bantuan disalurkan hanya ‘rancak’ dalam tempoh lima tahun lalu dan selepas penggal kedua PR memerintah, nasib mereka terutamanya penduduk miskin seolah-olah diketepikan.

Penduduk, Hok Peng, 42, berkata, kebanyakan penduduk miskin beranggapan mereka seolah-olah diabaikan selepas PR menang kali kedua dan bantuan kerajaan negeri juga tak seperti dahulu.

“Bukan mahu menuduh tetapi bila kita tanya status bantuan, mereka suruh jumpa orang DAP sedangkan kawasan ini dijaga pusat khidmat kerana semua peruntukan kerajaan negeri disalurkan di situ.
“Memang nampak beza sekarang sebab saya lihat nak minta sokongan untuk bantuan pun cukup susah.

“Bila penduduk mengadu, mereka kata kita banyak bising sedangkan kita mahu dapatkan bantuan sebab mereka sudah janji sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

BAPAK BURIK ANAK RINTIK....????


SEDARLAH DIRI TU SIAPA, ANAK SIAPA DAN DATANGNYA DARI MANA SERTA BELAJARNYA DIMANA?


Macamlah terlalu bijak sangat untuk memperkecil-kecilkan kewibawaan Sistem Pembelajaran di negara ini dengan membandingkan dengan Pelajar Vietnam. Jauh panggang daripada api.

Sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau membicarakan sesuatu, kenalah teliti terlebih dahulu apa yang hendak diungkapkan. ATAU SUDAH TIADA APA-APA LAGI ISU YANG HENDAK DIKETENGAHKAN. MAKAN ELAUN HARAM JUGAK ??? ATAU OTAK KURANG SIHAT AGAKNYA.

Pelajar Vietnam lebih ke depan berbanding kita

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan tahap pelajar-pelajar negara ini terbelakang berbanding pelajar di Vietnam.
Ia ekoran kegagalan sistem pendidikan yang dilaksanakan sebelum sempat dikaji sepenuhnya.
“Sistem pendidikan sesuatu yang serius yang akan memberi kesan langsung kepada masa depan negara dan bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya...yang tenggelam dalam pasir jerlus ini merupakan generasi anak-anak kita yang kini terbelakang berbanding Vietnam.

Artikel seterusnya KLIK DISINI

22/12/2013

MAS KAHWIN MUSLIMAH PAS PAHANG DINAIKKAN


Pas cadang mas kahwin dinaikkan.

TEMERLOH - Pas Pahang meminta Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menyemak semula kadar mahar perkahwinan di negeri ini sebanyak RM22.50 yang dianggap terlalu rendah.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu itu timbul semasa Mesyuarat Pertama Badan Perhubungan Pas Pahang, di sini apabila Pas Kawasan Pekan mengusulkan nilai mas kahwin dinaikkan kerana hampir semua harga barang meningkat.

Menurutnya, Pas negeri akan memanjangkan usul ini kepada Muip dan harap ada pertimbangan untuk menaikkannya kepada satu nilai yang berpatutan mengikut keadaan semasa.

“Pas Pekan cadangkan nilai mas kahwin dinaikkan pada kadar RM220.50, kami akan panjangkan perkara ini,” katanya pada sidang media, di sini.

Tuan Ibrahim berkata, Pas Pahang telah menerima usul itu dan berpendirian perlu ada semakan semula oleh Muip.

“Harga minyak (bahan api) pun setahun sampai tiga kali naik, jadi patut dah usul ini disemak semula,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, seramai 2,000 sukarelawan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Unit Amal Pas, Royalti (R) Anak, Anak Pahang di Perantauan dan Briged Nisa’ membantu mangsa banjir di Pahang, baru-baru ini.

Menurutnya, sebanyak RM90,000 kutipan mangsa banjir akan diagihkan kepada Pas Kawasan yang terlibat banjir.

“Ini akan digunakan untuk membeli kelengkapan pakaian dan program Back To School kepada mangsa banjir,” katanya.

Sumber: sinarharian

Saaid B GhaniPAS janganlah tambah masalah rakyat, maskahwin tu wajib dan mengikut kemampuan seseotang, Kalau di Pahang RM22.50 ini bukan harga barang nak naik menyusahkan rakyat, nanti kalau mahal sangat ramai yg berhutang, sini sana hutang, dahlah barang2 makan mahal. Jangan samakan dgn barang2 naik, ini agama Islam, ada tempat patut dinaikkan ada tempat jangan diusik. Ini akan jadi lagi satu isu baru, tak kerja cari kerja. 

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL JIKA BENAR !!!

Anak mati lepas dapat rawatan

Anak mati lepas dapat rawatan


JERTIH - Pasangan guru bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah pusat kesihatan dekat sini, kerana mendakwa kecuaian kakitangannya sehingga menyebabkan anak perempuan mereka meninggal dunia pada 6 Disember lalu.

Muhamad Sardi Saad, 37 dan isterinya Fadilah Ab Wahab, 43, dari Alor Lintang sedang mendapatkan khidmat guaman untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan bagi mendapat pembelaan.

Pasangan terbabit kecewa kerana mendakwa layanan diterima ketika membawa anak mereka mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berkenaan pada 5 Disember lalu amat tidak memuaskan.

Menurut Muhamad, dia membawa anak perempuannya, Ulya Insyirah, 4 tahun dua bulan ke sana pada tarikh berkenaan untuk mendapatkan rawatan selepas anak bongsu daripada tiga beradik itu muntah-muntah kira-kira jam 3 pagi hari sama.

Artikel selanjutnya sila KLIK DISINI

21/12/2013

Penangan Mat Pakistan Mengoda Guru Penolong Kanan

Guru penolong kanan terlampau

AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.

Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014.

20/12/2013

Kasut sekolah RM5 jadi tarikan

KUALA LUMPUR - Jualan kasut sekolah murah dengan tawaran harga serendah RM5 sepasang menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke Karnival Jualan Gudang Kedua (FOC ke-2) di Pusat Konvensyen Pameran, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Jalan Duta di sini.
Tawaran sempena musim kembali ke sekolah itu dibuat oleh pasar raya The Store yang mengambil bahagian pada pameran yang berlangsung selama lima hari hingga 22 Disember ini.
Eksekutif Jualan The Store, Nurul Adriana Sim Abdullah berkata, sejak dibuka kelmarin, bahagian produk sekolah menjadi tumpuan orang ramai kerana terpesona dengan harga murah yang ditawarkan.

19/12/2013

Peperiksaan Radio Amatur - "RAE 2/2013


Peperiksaan Radio Amatur - RAE 2/2013 berlangsung pada hari ini 19/12/2013 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu bagi kawasan Zon Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. 

Peperiksaan bermula jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang yang dihadiri lebih kurang 250 orang.


Namun begitu kehadiran rakan-rakan HAM dari ketiga-tiga buah negeri adalah amat membanggakan, bagi menceriakan suasana serta memberikan semangat kekitaan dari rakan-rakan.


Disamping itu juga penjualan berbagai-bagai peralatan radio telah diadakan diperkarangan UMT dengan harga yang sangat berpatutan.

Bagi mendapatkan gambaran selanjutnya sila KLIK DISINI

18/12/2013

PENCURI MAYAT


JAKARTA 15 Dis. - Misteri kes pencurian mayat di sebuah tanah perkuburan di Cilacap, Jawa Tengah terbongkar apabila polis menangkap suspek yang disyaki melakukan aktiviti itu, semalam.

Penangkapan Resi Rookiswana atau lebih dikenali sebagai Pamungkas meredakan keresahan masyarakat setempat selepas beberapa tanah kubur didapati diceroboh dan mayat pula dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pelaku ditangkap di pinggir jalan di Cilacap Tengah awal pagi ini selepas polis mengawasi pergerakannya sejak malam Sabtu," kata jurucakap polis, Agus Puryadi kepada wartawan.

Kata Agus, suspek berusia 27 tahun itu merupakan seorang penjenayah dan terlibat dalam kes mencuri motosikal serta pernah dipenjarakan sebanyak dua kali sebelum ini.

Polis turut mendapati beberapa peralatan yang digunakan Pamungkas untuk menggali tanah kubur ketika dia ditahan.

DALANG PEROSAK ANAK BANGSA DITANGKAP

Tiga Pegawai KASTAM ditahan

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM14 juta dalam serbuan berasingan di KLIA dan Nilai pada 14 hingga 16 Disember.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, seramai 11 orang ditahan termasuk tiga pegawai kanan agensi penguatkuasa.
"Empat warga Nigeria, 1 warga India dan empat warga tempatan termasuk tiga pegawai dan anggota agensi penguatkuasa. 

"Selain dadah, kita juga merampas senjata api yang digunakan ahli sindiket," katanya.

Mohd Bakri berkata, sindiket antarabangsa ini beroperasi sejak setahun lalu dan menggunakan modus operandi tidak mengambil bagasi di KLIA sebaliknya menggunakan perkhidmatan penghantaran dipercayai bagi mengelakkan mereka ditahan pihak berkuasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...