Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 22 individu termasuk 12 pegawai Jabatan
Kastam Diraja Malaysia yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam
melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.
Menurut
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull, kejayaan
menahan mereka adalah hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan
Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.
Kata
beliau, sindiket melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket
aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas
Cukai Pelabuhan Klang.
