Translate

22/12/2013

MAS KAHWIN MUSLIMAH PAS PAHANG DINAIKKAN


Pas cadang mas kahwin dinaikkan.

TEMERLOH - Pas Pahang meminta Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menyemak semula kadar mahar perkahwinan di negeri ini sebanyak RM22.50 yang dianggap terlalu rendah.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu itu timbul semasa Mesyuarat Pertama Badan Perhubungan Pas Pahang, di sini apabila Pas Kawasan Pekan mengusulkan nilai mas kahwin dinaikkan kerana hampir semua harga barang meningkat.

Menurutnya, Pas negeri akan memanjangkan usul ini kepada Muip dan harap ada pertimbangan untuk menaikkannya kepada satu nilai yang berpatutan mengikut keadaan semasa.

“Pas Pekan cadangkan nilai mas kahwin dinaikkan pada kadar RM220.50, kami akan panjangkan perkara ini,” katanya pada sidang media, di sini.

Tuan Ibrahim berkata, Pas Pahang telah menerima usul itu dan berpendirian perlu ada semakan semula oleh Muip.

“Harga minyak (bahan api) pun setahun sampai tiga kali naik, jadi patut dah usul ini disemak semula,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, seramai 2,000 sukarelawan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Unit Amal Pas, Royalti (R) Anak, Anak Pahang di Perantauan dan Briged Nisa’ membantu mangsa banjir di Pahang, baru-baru ini.

Menurutnya, sebanyak RM90,000 kutipan mangsa banjir akan diagihkan kepada Pas Kawasan yang terlibat banjir.

“Ini akan digunakan untuk membeli kelengkapan pakaian dan program Back To School kepada mangsa banjir,” katanya.

Sumber: sinarharian

Saaid B GhaniPAS janganlah tambah masalah rakyat, maskahwin tu wajib dan mengikut kemampuan seseotang, Kalau di Pahang RM22.50 ini bukan harga barang nak naik menyusahkan rakyat, nanti kalau mahal sangat ramai yg berhutang, sini sana hutang, dahlah barang2 makan mahal. Jangan samakan dgn barang2 naik, ini agama Islam, ada tempat patut dinaikkan ada tempat jangan diusik. Ini akan jadi lagi satu isu baru, tak kerja cari kerja. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...