Translate

07/11/2013

TINDAKAN KM MELAKA PERLU DICONTOHI OLEH KERAJAAN NEGERI LAIN

Melaka kaji semula syarat milikan harta warga asing

MELAKA: Kerajaan Melaka akan mengkaji semula syarat pemilikan harta bagi warga asing di negeri ini dalam usaha menambah pemilikan harta di kalangan warga tempatan terutama anak Melaka. 

Mengumumkan demikian hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata cadangan utama yang akan dilihat dalam kajian semula itu ialah menaikkan nilai harta yang dibenarkan untuk dimiliki warga asing daripada lebih RM250,000 pada masa sekarang kepada lebih RM500,000. 

Katanya, syarat pemilikan harta yang akan dinilai semula itu melibatkan pelbagai sektor antaranya pertanian seperti tanah dengan luas melebihi 1.6 hektar, perindustrian seperti kilang dan perumahan. 

"Sekiranya kita lihat tukaran wang asing RM250,000 itu kira-kira SGD97,000 sahaja agak murah bagi rakyat Singapura hartanah dengan harga begitu...jadi ramai warga Singapura beli rumah di Melaka...sampai harga jadi meningkat dan orang Melaka susah beli rumah. 

"Melaka tidak menghalang warga asing memiliki harta malah menggalakkan mereka supaya pelaburan asing sentiasa bertambah...kita lakukan ini supaya lebih ramai orang tempatan khususnya (rakyat) Melaka memiliki harta di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini. 

Jussteru, Idris berkata kajian semula itu akan dilakukan dengan teliti supaya syarat yang akan ditetapkan nanti tidak menghalang malah menggalakan pelaburan asing ke negeri ini - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...