Translate

07/11/2013

Laporan Siasatan Salah Laku Penjawat Awam Perlu Didedah Kepada Umum

KUALA LUMPUR: Seorang anggota parlimen mencadangkan agar laporan siasatan jawatankuasa khas yang ditubuh bagi menyiasat kes salah laku penjawat awam dalam mengurus wang negara seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, didedah kepada umum apabila siap kelak.
Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata perkara itu perlubagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selainmemastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
"Saya menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap mereka terlibat dan tiadakemaafan harus diberi penjawat yang berbuat demikian yang boleh dianggappengkhianatan kepada rakyat," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undangPerbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak berkata satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh KetuaSetiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa akan menyiasat dan mengambil tindakantegas terhadap salah laku penjawat awam.
Membahaskan rang undang-undang sama, William @ Nyallau Anak Badak (BN-LubokAntu) pula membangkitkan isu pelancongan dengan mencadangkan agar usahameningkatkan sektor pelancongan di Sarawak dipergiat sempena dengan TahunMelawat Malaysia 2014.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan disaran mengadakan program khasmembantu penduduk rumah panjang untuk mengendalikan inap desa.
Katanya program itu bukan sahaja dapat menjadi satu tarikan pelancong untukmengenali budaya masyarakat setempat dengan lebih dekat tetapi juga mampumembantu penduduk kampung menjana pendapatan yang lebih baik.
Beliau turut mencadangkan supaya Taman Negara Batang Ai di Lubok Antudibangunkan dengan membina lebih banyak kemudahan rekreasi dan infrastrukturmemandangkan kawasan itu merupakan habitat orang utan dan mampu menarikpelancong.
Bersetuju dengan pandangan William, Masir Anak Kujat (BN-Sri Aman) pulamencadangkan kepada kerajaan supaya Pesta Gawai Dayak atau Pesta Menuai Padi dinegeri itu dipromosi secara besar-besaran di peringkat kebangsaan danantarabangsa. Persidangan bersambung pada Khamis. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...