Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata
beliau akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya
menempatkan anggota polis membuat kawalan berkala di kediaman pegawai dan
anggota penguatkuasa jabatan agama.
Beliau berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada KDN secepat mungkin
bagi memastikan keselamatan anggota penguatkuasa agama.
"Kami faham KDN dan pasukan polis ada kekangan dan tugasan tetapi
apa pun kami akan berbincang dengan KDN secepat mungkin.
"Kawalan ini adalah untuk mereka yang tinggal di luar kuarters...kami memerlukan rondaan secara berkala dan harian daripada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di sini, hari ini.

KLIK SINI untuk berita selanjutnya.