SHAH ALAM - Lajnah Pendidikan Pas Pusat mengajak semua pihak menyokong
kempen memansuhkan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).
Pengerusinya, Datuk Abu Bakar Chik berkata dalam satu kenyataan media,
para guru kini sudah berani tampil menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung
sistem tersebut.
“Kesedaran guru kini terserlah apabila mereka tampil melalui media
sosial dan massa menyuarakan ketidakpuasan terhadap pelaksanaan PBS yang sangat
membebankan mereka.
“Keputusan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan PBS seharusnya
disokong segera oleh semua pihak,” katanya.
Menurutnya, para guru memerlukan sokongan dengan melancarkan kempen pemansuhan itu agar kerajaan mengambil serius berhubung perkara itu.
Menurutnya, para guru memerlukan sokongan dengan melancarkan kempen pemansuhan itu agar kerajaan mengambil serius berhubung perkara itu.
Beliau juga menyeru semua pihak yang prihatin terhadap isu pendidikan
dan pembangunan insan melancarkan kempen tersebut.
“Lajnah Pendidikan Pas Pusat menyeru termasuk KPPK, ibu bapa dan orang
ramai yang prihatin terhadap pendidikan dan pembangunan insan melancarkan
kempen pemansuhan PBS yang nyata didapati membebankan guru di negara ini,”
katanya.