Translate

07/01/2013

HADI MULA BENGGONG DENGAN DESAKAN NIK AZIZ ???


Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tertekan ke dinding ekoran kontroversi isu amanatnya. Kata orang, sesiapa yang bersalah atau tertekan, sanggup buat apa saja.

Terbaru,  beliau dalam laman bukunya mengakui tidak pernah menamakan petikan ucapannya pada 7 April 1981 sebagai amanat tetapi pihak lain.

Siapakah pihak lain dimaksudkan Presiden PAS itu jika bukan pengikut serta ahli-ahli parti yang terlalu taksub kepadanya dan parti?

Selain itu, Hadi turut mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi mengenai isu amant tersebut yang didakwa bercanggah dengan Islam.

Menurutnya, sejak 31 tahun lalu, beliau langsung tidak pernah menerima apa-apa surat atau dipanggil untuk memberi keterangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Saya tidak pernah menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Majlis Fatwa tidak pernah panggil saya.

“Surat rasmi pun tidak ada, atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu, bukan ‘meniaga’ ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama,” katanya.

Seperti  orang yang tertekan ke dinding, Hadi kini bingkas melawan dengan cabaran itu selepas Menteri Penerangan Datuk Dr Rais Yatim menyatakan forum Hadi dengan ulama berhubung isu tersebut tidak perlu kerana Majlis Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan mengenainya.

Sebenarnya, sudah hampir sebulan minggu isu ini berterusan.

Sudah macam-macam pihak beri pandangan malah individu yang mengakui terpengaruh dengan amanat itu sudah tampil membuat pengakuan.

Namun, Hadi barangkali hanya membutakan mata dan memekak telinga.

Mustahil apa didedahkan beberapa individu yang dipengaruhi amanat tersebut tidak menyedarkan beliau.

Di manakah hati dan fikiran Hadi?

Adakah semua pengakuan tersebut rekayasa atau dustaan semata-mata?

Lebih mendukacitakan apabila Hadi dalam laman bukunya, menegaskan, jika Perdana Menteri dan mufti enggan bersemuka di atas dunia, maka tunggulah pada akhirat ketika menghadap Allah SWT.

“Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu,” tegasnya.

Sekadar bertanya kepada Hadi, adakah beliau terfikir jika semua perbuatan bercanggah dengan Islam yang sudah dilakukan oleh mereka yang taksub pada amanatnya, benar-benar menyalahi akidah, apa pula kesan pada beliau di akhirat kelak?

Memang , hak Hadi bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran langsung di RTM atas alasan berlaku adil.

Tetapi adilkah Hadi dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat awal-awal lagi memperlekeh ulama dan mufti yang memberikan pendapat mengatakan amanat itu bercanggah dan menyebabkan perpecahan umat Islam?

Hadi juga kena kena bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pernah mengeluarkan surat rasmi menegur Amanat Haji Hadi dan membidas fatwa-fatwa dalam amanat itu yang menuduh ahli UMNO sebagai kafir.

Justeru itu, keengganan Hadi menarik balik amanat itu demi penyatuan Umat Islam di negara ini sekadar menunjukkan belang sebenar Presiden PAS tersebut.

Ianya sama seperti Nik Aziz yang sentiasa berasa lebih pandai dan lebih hebat berbanding orang lain.

Kenapa Hadi masih mahu kong kali kong dan cuba mendangkalkan ilmu dan pendapat ilmuan agama lain?

Apa dikhuatiri, Hadi berdepan episod, “ Yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran.”

Jika semua ini beliau buat dan pertahankan kerana politik, adalah jelas bahawa ini sebenarnya, politik suku-agama suku  seperti maksud amanatnya itu.

Hadi  sendiri mengamalkan amalan politik suku-agama suku apabila enggan bertolak ansur dalam isu ini.

Ketahuilah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Maksudnya, dengan menarik balik amanat itu dan mengakui itu kesilapan kerana senario politik 32 tahun lalu, tidak akan mengecilkan serban atau jubah Hadi.

Tidak tahulah jika Hadi ingin terus meraih laba politik...tetapi janganlah babitkan orang lain -6/1/2013 OLEH ROSLAN BIAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...