Translate

27/12/2012

BINATANG LEE GUAN ENG JANGAN MAIN API PASAL KALIMAH ALLAH

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinasihatkan tidak "melintasi sempadan" apabila menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, walaupun ada dalil-dalil yang membenarkan atau harus kepada bukan Islam menggunakan ALLAH, namun situasi semasa di negara ini amat tidak sesuai sekali.

Menurutnya, dalam keadaan sekarang, umat Islam akan melihat kenyataan Guan Eng ini sebagai ofensif dan provokasi serta mungkin menggugat keamanan yang sedia ada di negara ini jika gagal dikawal.

“Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk United Kingdom (UK) dan Vatican City di Itali tidak menggunakan ALLAH untuk God, malah negara-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama ALLAH ini.

“Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah di skrip menggunakan ALLAH bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Semalam, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sambutan Hari Krismas berkata, Kerajaan digesa membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Selain itu, Dr Zaharuddin turut menegaskan tidak bersetuju apabila dipisahkan nama ALLAH kepada pengertian lughah iaitu merujuk kepada tuhan umum dan ALLAH secara istilah yang merujuk kepada ALLAH yang disebut dalam Surah al-Ikhlas.

“Umat Islam hanya merujuk al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, Bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

“Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini,” katanya.

Kata Dr Zaharuddin lagi, oleh itu penggunaan nama ALLAH oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan.

“Kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara Arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian? Fikirkan, diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya,” katanya.

Katanya lagi, Guan Eng seharusnya membangkitkan isu melibatkan kepentingan umum dan keadilan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) daripada isu sensitif seperti ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...