Translate

27/12/2012

Rujuk Sejarah, Tragedi 13 Mei Bukan Komplot UMNO

KUALA LUMPUR, 26 Dis. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merasa kesal dan amat terkilan dengan artikel yang disiarkan dalam Edge Financial Daily versi tempatan berkaitan tragedi 13 Mei 1969 yang membuat tuduhan bahawa kononnya tragedi tersebut adalah hasil daripada perancangan UMNO.
Menerusi artikel yang bertarikh 17 Disember 2012, didakwa tragedi 13 Mei 1969 adalah perancangan sekumpulan pemimpin-pemimpin UMNO yang mahukan Presiden parti ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga Perdana Menteri Malaysia ditumbangkan.
“Perkara tersebut adalah tidak benar kerana fakta yang jelas tidak pernah dirahsiakan berkaitan punca utama berlakunya kekacauan pada tarikh tersebut malah ia menjadi iktibar kepada masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa,” tegasnya kepada UMNO-Online.
Jelasnya, ketika peristiwa 13 Mei 1969, beliau berusia 18 tahun dan tahu bagaimana peritnya kekacauan yang telah mengorbankan ratusan nyawa selain kemusnahan yang besar.
“UMNO juga tidak pernah bertindak meminggirkan apatah lagi menumbangkan mana-mana ketuanya malah parti ini mempunyai struktur kukuh dan organisasi yang mantap dengan setiap proses yang berlaku adalah berdasarkan kepada struktur yang ada sebagaimana digariskan dalam Perlembagaan parti.
“Peralihan tampuk kepimpinan daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak adalah satu proses penyerahan yang berlangsung selepas darurat ekoran tragedi 13 Mei 1969 ini dan ia dilaksanakan tanpa sebarang komplot sebagaimana yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab ini,” katanya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Berita selanjutnya sila KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...