Translate

16/07/2012

Mat Rempit PAS menyerang PUTRAJAYA ???


Polis tetap bertindak


PUTRAJAYA: Polis akan mengeluarkan saman terhadap penyokong Pas yang didapati melakukan kesalahan jalan raya termasuk melanggar lampu isyarat dan menghalang lalu lintas ketika menyertai Himpunan Hijau di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, semalam.


Difahamkan, 500 penyokong Pas dari sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor berarak dengan motosikal dan kereta bermula dari Taman Seri Empangan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.



Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, polis mengesan ada individu melakukan kesalahan jalan raya sepanjang menyertai konvoi itu.


“Ada peserta menghalang lalu lintas sehingga menyebabkan kesesakan selain melanggar lampu isyarat merah.


“Kami akan meneliti litar rakaman tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti individu terbabit. Selepas itu, kami akan menghantar surat saman kepada mereka,” katanya kepada media, di sini, semalam.


Abd Razak berkata, 100 anggota dan pegawai polis ditugaskan mengawal perhimpunan dan konvoi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


Kumpulan itu berkumpul sejak jam 9 pagi di Taman Seri Empangan sebelum bergerak ke beberapa lokasi untuk menyampaikan ceramah politik dan mengedarkan risalah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...