Translate

30/06/2012

DAP TETAP TAK AKAN TERIMA HUKUM HUDUD ???



Georgetown-Hari ini Setiausaha Agong DAP mengulangi pendirian bahawa DAP tidak bersetuju dengan hudud kerana berpegang kepada perlembagaan dan menurutnya tidak ada hudud didalamnya perlembagaan semasa wacana "Benarkah DAP mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.

DAP akan tetap bersama PAS dan PKR kerana isu hudud tidak menghalang pakatan rakyat daripada bekerja sama kerana berpendapat ada isu yang lain mereka boleh bersama seperti kemungkaran dan membanteras rasuah.

Tegas Lim Guan Eng "Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya

'Tak mungkin pujuk non-Muslim terima hudud' yang diperjuangkan oleh PAS kerana hudud harus bersifat sejagat dan tidak tertumpu hanya kepada segelintir sahaja.

Lim turut ditanya seorang anak muda bagaimana parti itu menerapkan kefahaman kepada bukan Islam mengenai hudud selepas ia didakwa ditakut-takutkan pemimpin BN.

"Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju.

"Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya.

Sehubungan itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengajak semua pihak supaya tidak terperangkap dengan Umno yang didakwanya mahu menonjolkan isu hudud untuk memecahbelahkan Pakatan.

"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.

Sementara itu, Lim menegaskan salah faham rakyat khususnya orang Melayu-Islam terhadap parti itu disebabkan "persepsi palsu" yang didakwanya dibentuk oleh BN.

Lim juga menafikan dakwaan DAP anti-Islam, memandangkan parti yang ditubuhkan pada 1966 itu menerima perkara yang termaktub dalam perlembagaan termasuk Islam sebagai agama persekutuan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...