Sabtu, 30 Jun 2012

Lebih 10,000 murid di Selangor terima kemudahan tuisyen percuma dari PAKATAN RAKYAT ???


pm-trim

Kerja pembangkang hanya menabur janji, Barisan Nasional (BN) jugalah harapan rakyat untuk memperolehi berbagai kemudahan terutamanya kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Petang Khamis, di Seri Perdana, rumah rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak, satu lagi janji pembangkang sebelum PRU ke 12 tahun 2008 di Selangor iaitu untuk memberikan tuisyen percuma dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Bagi tujuan tersebut sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) untuk memberi tuisyen secara percuma kepada 10,000 pelajar di negeri Selangor yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini.

Program yang dijalankan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) merupakan projek perintis yang akan dikembangkan ke seluruh negara tidak lama lagi.

Menurut Pengerusi YGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom projek perintis tersebut dimulakan di negeri Selangor akan memanfaatkan pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar tetapi bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini.

"Program iTR1M ini akan meningkatkan prestasi akademik bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan," katanya.

Alimuddin berkata program yang berlangsung dari 18 Jun hingga Oktober ini dilaksanakan di 107 buah sekolah, iaitu 30 buah sekolah menengah dan 77 buah sekolah rendah di Selangor.

Beliau berkata seramai 350 guru akan memberi tuisyen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jummat.

"Matlamat Program iTR1M adalah untuk memberi bimbingan di luar waktu sekolah secara percuma kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah pelbagai kaum dan membantu mereka mengoptimumkan penggunaan "Netbook 1Malaysia" dan kemudahan ICT yang disediakan kerajaan," katanya.

Berita selanjutnya KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...