Translate

13/05/2012

"TIBAI DAN CIBAI" MULA MENGGANAS DISELURUH NEGARA ???

tibaiyy1
TIBAI - Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim

CIBAI - Cincang Insan Bernama Anwar Ibrahim

Tidak sampai sebulan penubuhannya TIBAI sudah mencipta nama sebagai satu gerombolan 'crowd puller' yang boleh menggangu ketenangan hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini dapat dilihat dari suasana program pertama jelajah seluruh negara yang bermula di lubuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yakni Gombak Khamis malam yang dihadiri hampir 3,000 orang.

Ia nyata bukan malam biasa di Gombak bila suara nyaring TIBAI yang ambil nama singkatan dari Tolak Individi Bernama Anwar Ibrahim ini bergema nyaring di padang Taman Pinggiran Batu Caves.
tibaiyy2-ok
TIBAI dilancarkan pada 20 April lalu.Ia merupakan badan gabungan tenaga bekas pengasas PKR dan aktivis parti itu.

Kehadiran mereka nyata buat puak pakatan pembangkang tidak senang duduk.Dicelah-celah samar kegelapan kawasan padang itu ada yang ternampak kumpulan-kumpulan ' pengintip' pembangkang sedang meninjau dari jauh.

Sejarah berulang kembali...ini kalau ditinjau muka-muka garang diatas pentas di padang itu.
tibaiyy3-ok
Pada tahun 1998 ketika Anwar tersingkir kerana kes liwat pertamanya dulu..inilah muka-muka yang 'membujur lalu, melintang patah' mempertahankannya mati-matian menerusi pelbagai program gerakan reformasi.

Teruskan disini: Baca Jangan Tak Baca

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...