NALLAKARUPAN MENDAKWA VIDEO
RAKAMAN ITU ADA ADEGAN DI MANA ANWAR & SHAMSIDAR "MAKAN AIS KRIM"
BERSAMA - WOW HEBAT
Senator Datuk S.
Nallakaruppan semalam tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan
sekeping pita video VHS kepada peguamnya Datuk Seri Dr Muhammad Shafee
Abdullah.yang di dakwanya mengandungi “bahan bukti” berhubung salah laku moral
dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini (pita rakaman)
saya serahkan kepada peguam saya Shafee akan bawa ke mahkamah. Semua bukti ada
dalam pita ini. Saya berikan tanggungjawab ini kepada Shafee untuk menjaga dan
menyimpan bukti ini dengan baik,” kataNallakaruppan ketika menyerah tape “blue”
berbungkus kertas putih kepada penguamnya.
Walaupun enggan
mendedahkan isi kandungan pita video secara terperinci sehingga tiba waktu
perbicaraan nanti, Nallakarupan seolah menyampaikan peringatan secara terus
kepada “kedua-dua pelakon” dengan ungkapan berbunyi, “Video ini ada babak
‘makan ais krim’! ingat tak?”
Pada masa yang
sama, Nallakaruppan sekali lagi mencabar Anwar untuk mempercepatkan tindakan
saman terhadapnya yang dibuat oleh Penasihat PKR itu.
“Saya sedang
menunggu ketibaan Anwar di mahkamah dan saya mahu Anwar percepatkan perbicaraan
kes saman beliau terhadap saya. Jangan gantung kes ini tak bertali. Saya cabar
Anwar saman saya RM500 juta. Saya juga cabar Anwar membuat kenyataan terbuka
mengatakan saya seorang pembohong.
“Saya tidak sabar
mahu menceritakan di mahkamah berkenaan hubungan sulit Anwar dengan Shamsidar
Taharin. Saya ingin menceritakan bagaimana Anwar makan ais krim bersama
Shamsidar,” katanya lagi.
Beliau menegaskan
dia tidak akan berganjak sekali-kali dari keputusannya untuk membongkar sikap
Anwar meskipun sudah diugut sebanyak dua kali pada bulan lepas termasuk insiden
khianat ke atas kereta sahabatnya, U. Thanothaaran telah dipecahkan oleh tiga
orang samseng pada 5 April lalu di Sri Gombak.
Nallakaruppan di
beri notis saman sebanyak RM100 juta daripada Anwar pada bulan lepas di atas
tindakannya menuduh secara terbuka yang pemimpin PKR itu sebagai seorang
biseksual dan tidak layak untuk menjadi pemimpin negara ini.
Dia juga mencabar
Anwar agar mempercepatkan saman dan prosiding perbicaraan mahkamah agar beliau
boleh membuat pendedahan yang Anwar sebagai biseksual dan juga sebagai pesalah
laku moral dengan “bukti-bukti” yang di dakwa ada di dalam simpanannya.
Sumber:unreportednews