Khamis, 22 Mac 2012

PAS akan tukar nama baru iaitu Parti GUNI (Guna Nama Islam) atau Parti Anjing Suruhan !!!!

Image Detail 
KUALA LUMPUR, 21 Mac: PAS sudah mengenalpasti calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang akan bertanding di Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.

Penasihat DHPP, Dr Mujahid Yusof (gambar) berkata, PAS akan meletakkan sekurang-kurangnya dua calon di Sarawak begitu juga di Sabah.

"Kita mengenalpasti dua kerusi Parlimen dan dua calon DHPP untuk Sarawak sehingga kini. Untuk Sabah pula kita akan kenalpasti tidak lama lagi," kata Mujahid yang ke Sarawak baru-baru ini.

Apa sudah jadi dengan PAS? Macam dah takde calon muslim untuk dijadikan calon.  Lebih baik gugurkan perkataan Islam dalam nama PAS dan gantikan PAS kepada Parti GUNI (Guna Nama Islam). 

Harakahdaily difahamkan, calon-calon PAS di Sarawak adalah dari kaum Cina dan Kadazan yang bukan beragama Islam.

Dalam pada itu, Mujahid juga meminta PAS Negeri Sembilan dan Melaka turut memikirkan calon DHPP dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya dapati Johor sudah mengenalpasti calon mereka. Jadi apa salahnya Melaka dan Negeri Sembilan yang turut berada di ambang kebangkitan selatan ini turut memikirkan pendekatan yang sama," kata Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS meletakkan calonnya Kamutha Raman bertanding di salah satu kerusi Dun di Johor.

Oleh kerana ketika itu PAS belum membuat keputusan tentang calon bukan Islam, Kamutha bertanding atas tiket PKR.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Johor, Selangor dan Perak memaklumkan, mereka telah menghantar senarai nama calon dari DHPP yang mereka cadangkan.

Menurut Mujahid, Malaka dan Negeri Sembila serta Kedah tidak menghantar nama dari kalangan DHPP kerana mereka tidak mempunyai nama yang sesuai.

"Namun suka saya cadangkan, negeri-negeri merujuk kepada DHPP Pusat untuk mendapatkan nama-nama yang sesuai untuk dicalonkan atas tiket PAS," kata beliau yang juga anggota Parlimen Parit Buntar. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...