Translate

04/03/2012

Krisis dalaman Pas makin kritikal - MB KEDAH DIPECAT !!!


KUALA LUMPUR 2 Mac - Krisis dalaman Pas semakin kritikal dan seolah-olah tersimpul mati apabila mesyuarat khas hampir empat jam bagi membincangkan isu pergolakan di Kedah gagal menemui jalan penyelesaian.

Sebaliknya, parti itu terpaksa menunggu sehingga Sabtu ini untuk mencari formula terbaru bagi menyelesaikan pertelagahan antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan kumpulan Datuk Phahrolrazi Zawawi.


Menurut Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, perbincangan pada Sabtu ini akan melibatkan semua pihak termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat, pesuruhjaya negeri serta pihak bertelagah.

"Mesyuarat Pas malam ini mengambil ketetapan untuk mengadakan perjumpaan mahabbah antara kedua-dua belah pihak yang akan turut disertai oleh seluruh kepimpinan Pas Pusat dan negeri kerana kita mahu mendengar semua pandangan.

"Penyelesaian yang baik sedang dirancang, kami yakin akan tercapai dengan sebaik mungkin dan Pas akan muncul sebagai sebuah parti yang lebih kuat selepas ini," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Pas Pusat, di sini malam tadi.

Pergolakan politik dalam Pas Kedah bermula apabila Azizan menolak untuk mengikut segala manifesto pakatan pembangkang yang terkandung dalam Buku Jingga termasuk dalam soal Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Beliau kemudian dikecam pelbagai pihak sehingga kemuncaknya beberapa Exco kanan kerajaan negeri diketuai Phahrolrazi melancarkan 'pemberontakan' dipercayai bagi memaksa Azizan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar.

Dalam pada itu, ditanya sama ada mesyuarat turut membincangkan kenyataan kontroversi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad yang sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi Pas, Mohamad menafikan.

Bagaimanapun Utusan Malaysia menerima salinan jawapan bertulis Dzulkefly yang diberi oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan dalam jawapannya, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menyalahkan media.

Selain itu, beliau juga turut menyelar tindakan segelintir pemimpin Pas yang didakwanya sebagai terpengaruh sehingga sanggup mendesaknya menarik balik kenyataan tersebut.

"Amat malang ada pihak memanipulasi laporan wacana yang tampaknya bermotifkan politik dan lebih malang bila ada segelintir pihak Pas yang terpengaruh meminta saya tarik balik kenyataan. Kenyataan apa? Kalau boleh saya tanya," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...