Translate

05/03/2012

Hasan Ali kata Mahfuz lebih teruk dari kambing...nak saman fitnahnya ditaja KBS RM30 juta


Datuk Dr Hasan Ali anggap Datuk Mahfuz Omar lebih teruk daripada kambing?. Memang benar. Kenyataan itu jelas menggambarkan betapa beliau geram habis pada Naib Presiden PAS itu malah nampaknya sudah bersiap sedia berdepan dengannya di mahkamah.

Dr Hasan, pada Sabtu adakan sidang akhbar di rumahnya di Taman Tun  Dr Ismail,Kuala Lumpur untuk beritahu beliau sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap Mahfuz.


Ini gara-gara Ahli Parlimen Pokok Sena itu main sedap mulut dakwa Kementerian Belia dan Sukan nak menaja 2,000 program ceramahnya dengan kos RM30 juta bagi mempengaruhi belia menjelang pilihanraya umum ke
13.

Ditanya Agendadaily berapa samannya nanti kerana Dr Hasan menyifatkan tuduhan Mahfuz itu  satu fitnah jahat bagi memalukan beliau dan keluarganya, kata bekas Exco kerajaan PKR Selangor itu dengan seloroh kata,“ Tidaklah RM50 juta, tapi mungkin hampir-hampir".

Katanya tuduhan itu dibuat tanpa asas yang lojik dan lojik.

Menurut Adun Gombak Setia itu, jika benar beliau dakwaan 2,000 programnya ditaja, ia akan mengambil masa sehingga 18 tahun bagi menghabiskannya kerana program beliau biasanya berlangsung selama tiga hari.

"Kalau saya ajar kambing mengira pun dua tahun, pandai. Ini (Mahfuz) lebih teruk dari kambing," katanya menyindir Mahfuz (kiri).

Beliau turut menyifatkan Mahfuz kuda tunggangan PAS kerana kenyataan tersebut antara lain bertujuan cuba lari isu serabut dalam pentadbiran PAS di Kedah dan kemaraan road shownya sejak di pecat dari PAS.

Katanya, setiap tindak tanduk pemimpin PAS termasuk Mahfuz ada yang tersirat dan tersurat.

“Inilah parasit dalam PAS sama juga dengan ahli parlimen Kuaala Selangor Dr Zulkifli Ahmad yang buat kenyataan PAS sedia terima bukan Islam jadi Timbalan Presiden parti itu,” katanya.

Menurut Dr Hasan, ketika dalam PAS walaupun pernah jadi Naib Presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau tidak akan buat kenyataan seumpama itu tambahan pula ini babitkan dasar parti.

“Majlis Syura dan pimpinan tertinggi PAS kena tengok apa pemimpin parasit ini (Mahfuz dan Dr Zulkifli) cakap dan buat kerana ianya beri kesan negatif pada PAS . Ini mesej dan tugas serta strategi parasit jadikan PAS macam DAP dan PKR,” katanya.

Tegas beliau, inilah kejayaan besar parasit kerana tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

Menjawab satu soalan, beliau juga menafikan dakwaan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bahawa tokoh koprat Tan Sri Rozali Ismail,Puncak Niaga menajanya.

Sambil mendakwa itu "cerita kedai kopi", Hasan sekali lagi bersifat sinikal dengan menyoal: "Bila Khalid Samad dilantik sebagai jurucakap gereja?"

"Tidak ada. Tapi sebagai NGO kita akan terima bantuan siapa sahaja yang mahu memperjuangkan Islam," katanya.

Setakat ini, menurut Hasan, beliau menggunakan duit sendiri dan bantuan beberapa pihak yang enggan dikenali untuk program jelajahnya.

Namun beliau mempersoalkan apa salahnya jika ada pihak yang ingin memberi sumbangan kepada sebuah NGO seperti JATI pimpinannya.

Dalam pada itu, Presiden JATI tersebut, PAS akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang kerana beberapa fakor termasuk pemecatan beliau.

Sebab lain katanyaa adalah isu Palestine –Israel dan Kritianiasasi serta menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan macam-macam masalah termasuk isu keselamatan Israel.

Dr Hasan turut menuntut Anwar memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umut Islam di Malaysia, Palaetin dan masyarakat dunia kerana kenyataan beliau jauh berbeza dan bertentangan realiti sebenarnya. -3/2/2012- OLEH ROSLAN BIAN

[HR]

[B]PAS cuba lagi tembak Dr Hasan Ali dengan 'lawak' terbaru Mahfuz[/B]

Dengar cerita makin ramai nak tergelak tengok macam-macam ' idea kreatif' PAS untuk cuba 'mandikan' Datuk Dr Hasan Ali.

Semua orang tahu PAS memang sudah geli sakan tidak tahan kena geletek bekas orang kuat parti itu dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor  yang hari demi hari mendedahkan segala macam hal tentang parti itu.

Siapa yang tidak geram melihat ceramah Dr Hasan di sana sini terus mendapat sambutan.Malah yang datang bukan seratus dua tetapi ribuan termasuk di Kelantan.

Jadi jangan terkejut kalau Jumaat,pak lawak PAS,Datuk Mahfuz Omar panggil sidang akhbar untuk mendakwa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja 2,000 siri ceramahnya untuk mempengaruhi belia menjelang pilihanraya umum ke 13.

Belanjanya bukan sedikit,dakwa Mahfuz RM30 juta.

Dakwanya Barisan Nasional kini sedang galak mempergunakan Dr Hasan.

Selain dakwa Mahfuz gertak sikit. Ahli Parlimen Pokok Sena itu enggan mendedahkan sumber atau bukti yang diperolehinya kerana beliau terlebih dahulu mahu penjelasan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan.

Katanya beliau akan dedahkannya masa sidang parlimen nanti.

Hairan juga...kalau kata sudah ada bukti...dedahkan saja, apa yang mahu ditunggu lagi.

PAS nampaknya sudah ' mati langkah' dengan Dr Hasan kerana tidak ada [I]point[/I] nak tibai beliau.

Nampaknya sekarang mereka main serkap jarang untuk cuba cemarkan imej bekas Persuruhjaya PAS Selangor itu.

Mereka mungkin rasa umpan yang baik ialah ayat beliau kini menjadi alat BN.

Itulah yang akan mereka ulangtayang dari masa ke semasa.

PAS nampaknya macam buat-buat lupa Dr Hasan bertelingkah dengan parti itu kerana tindak tanduk tidak demokratik terhadapnya seperti memecatnya tanpa soal jawab.

Juga Dr Hasan sendiri dakwa parti itu kini sudah lari dari asas perjuangan dan penuh dengan parasit.

Soalnya apa kena mengena pertelingkahan Dr Hasan vs PAS itu dengan BN.

Juga kenapa nak cuba ubah tajuk dan guna taktik lama dakwa siapa saja yang lawan tauke mesti kena beli.

Rasanya ramai orang yang ada otak.

Apakah Mahfuz ingat orang boleh terima bulat-bulat cakapnya setelah mendengar pelbagai tindak tanduk cakap tak serupa bikin PAS seperti yang didedahkan oleh Dr Hasan.

Memang tepat komen Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek yang menyifatkan dakwaan Mahfuz 'kebudak-budakan'

 Sambil menafikan dakwaan itu ,beliau berkata ," Saya rasa dia sakit dan perlukan rawatan kaunseling,"

Shabery juga kata dakwaan itu dibuat kerana PAS takut dengan populariti Dr Hasan.

Malah katanya, beliau sedia berdepan dengan Mahfuz  yang melemparkan tuduhan itu dalam sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 12 Mac ini, bagi membuktikan tuduhan itu adalah palsu.

Menteri itu berkata Mahfuz sepatutnya tidak bertindak melulu untuk melemparkan sebarang tuduhan terhadap KBS seperti mana yang pernah dilakukannya berkenaan isu peninju dari Israel yang kononnya dibawa masuk oleh kementerian sedangkan ia adalah jemputan dari kerajaan negeri Selangor.

"Saya tidak mahu Mahfuz malu sendiri kerana apa yang dituduh itu tidak benar. Namun, jika isu ini masih berterusan, kementerian akan mengambil tindakan yang wajar terhadapnya," kata Shabery.

Baru-baru ini Ahli Parlimen PAS Shah Alam,Khalid Samad juga cuba serkap jarang mendakwa Dr Hasan ditaja oleh sebuah syarikat koprat Selangor.

Beliau juga tidak tunjuk apa bukti pada dakwaanya kecuali persoal mana Dr Hasan dapat duit belanja untuk pelancaran JATI pimpinannya.

Anihnya bab orang berlagak garang...tetapi bab kena batang hidung geng terus menikus. Mahfuz dan begitu juga Khalid tak beranipun bunyi sepatah ayat nak korek pasal dakwaan video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 99.9 peratus tulin.

Cuba tanya ada berani mereka minta siasatan atau Suruhanjaya Diraja untuk mencari kebenaran dakwaan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...