KUALA KANGSAR, 17 DIS : Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim menyatakan umat Islam harus bersatu-padu untuk menghalang usaha pemurtadan di negara ini yang disifatkannya semakin serius.
Ujarnya tindakan seumpama itu di negara ini bukanlah kisah rekaan sebaliknya ia benar-benar berlaku dan perlu ditangani segera sebelum ia terus merebak ke seluruh negara.
" Hari ini gelombangnya begitu dahsyat. Murtad adalah jenayah paling besar. Ia sebagai duta isyarat bahawa tidak cantiknya Islam itu sendiri.
" Hari ini bukan sahaja orang melihat murtad itu adalah satu seperti perkara biasa tetapi hari ini orang melihat, mereka yang berjuang untuk menentang murtad dilabelkan sebagai seorang yang melakukan kesalahan," ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun), di sini, hari ini.
Menurut Zamri, di Perak sahaja, lebih 40 kes permohonan murtad direkodkan manakala 58 orang lagi sedang diberikan bimbingan supaya kembali bertaubat kepada Allah S.W.T kerana cenderung ke arah itu.
" Selepas subuh tadi, saya menghubungi mahkamah syariah, saya hubungi bahagian dakwah Jabatan Agama Islam Perak, saya juga menghubungi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga, mereka mendatangkan satu statistik yang sangat menggerunkan orang-orang Perak di sini sehingga bulan September 2011 ini, terdapat 43 permohonan murtad dan terdapat 58 orang yang hendak murtad kita lakukan Istitabah di mana kita beri mereka peluang untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.
" Ia bukan masalah Encik Kamaruddin yang murtad anaknya, ia bukan masalah Nor Aisyah Bukhari sahaja tetapi kepada kita semua kerana orang yang sudah murtad, apabila mereka keluar daripada Islam, ia memberi signal bahawa Islam itu tidak cantik, Islam itu ada yang kurang,"jelas Zamri.
Menurut Zamri, akidah mengesakan Allah ini merupakan kurniaan terbesar Allah kepada umat Islam.
Selain daripada kurniaan, ia adalah tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul sehingga seseorang umat Islam itu menghembuskan nafasnya terakhir.
Menurut Zamri, umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam apabila pelbagai cara digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan dakyah-dakyah Kristian.
Justeru katanya adalah wajib kepada seluruh umat Islam meningkatkan tahap keprihatinan dan mengambil berat terhadap ancaman pemesongan akidah yang maha hebat ini.
Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada seluruh umat manusia terutama rakyat Perak supaya sedar akan ancaman dalam diam ini sebelum semuanya terlambat.
" Saya generasi muda. Umur saya 40 tahun. Di hadapan saya ini, Perak berada dalam macam-macam keadaan. Kita mesti risau dengan anak-anak kita. Kita takut hal mereka itu seperti melukut di tepi gantang, masuk tidak penuh, keluar tidak luak, dicampak di padang tidak dipatuk ayam, dicampak masuk air tidak di sudu itik, mengemis di negeri sendiri,"ujarnya.