Translate

09/11/2011

PROGRAM WACANA ILMU

Image DetailImage Detail

Kuala Terengganu - Program Wacana Ilmu anjuran Terengganu Integrity And Stratigic Studies Institute (T-ISSI) akan diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu pada hari Khamis 10 Nov 2011 bersamaan 14 Zulhijjah 1432H mulai jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang.


Program akan dirasmikan oleh YB Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi Sains Dan Teknologi Dan Sumber Manusia.

Pengisian program tersebut adalah membicarakan dua tajuk penting iaitu Bicara Sejarah - "Suatu Retorik Atau Realiti?" dan "Wacana Hudud" yang akan dibahaskan oleh para panel terkenal yang diundang khas.  Panel tersebut adalah YBhg. Datin paduka Datuk Prof. Dr. Hajjah Ramlah Adam (UiTM), YBhg. Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor (Mantan KPN), YBhg. Encik Mohamad Isa Abd. Ralip (Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia) dan YBhg. Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya (Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia).

Para peserta serta Dif-Dif Jemputan akan mula berkumpul di Stadium tersebut bermula jam 7.30 pagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...