PAS sudah mula melakukan kerja promosi ke atas Ku Li. Ini kerana Ku Li sudah mengangkat "Amanah" sehingga ramai "orang UMNO" berada di dalam Amanah. Barangkali PAS fikir "Bila Ku Li masuk PAS baru UMNO tahu!!. Padan muka UMNO"!!
Politik Ku Li membiak dan membesar dalam UMNO dan balik UMNO. Dia hanya kata "Dalam UMNO tak ada ruang" mcm hotel dah full house. Dalam keadaan ini, yang teramat risau dan gundah gulana ialah Anwar. Pertanda besar, dengan kehadiran Ku Li, Anwar akan dikorbankan. PAS tahu moral Anwar tercemar dan terlalu rendah. Hanya Guan Eng yang puji Anwar sehingga Anwar itu "bayang-bayang PM" bagi Guan Eng . Tetapi majoriti rakyat Malaysia tahu bahawa apa yang di katakan tentang "keperdanamenterian" Anwar itu adalah muslihat dan penuh hipokracy dan tidak ikhlas dan berpura-pura dan madah berhelah dan sewaktu dengannya Guan Eng.
Guan Eng pemilik utama "lidah biawak". Tanya penduduk Kg Buah Pala yang teraniya. Mereka tahu lidah Guan Eng.
Ramai yang meramal bahawa politik Anwar sudah di hujung senja. Kes Sodomi, Video dan nilainya jatuh, dan banyak lagi dan bertimbun lagi, menyebabkan Anwar di mata Rakyat Malaysia dan di Mata Dunia sudah PATUT BERHENTI POLITIK. Yang mahu menyambung nyawa politik Anwar hanyalah DAP. Sebahagian orang PKR dan pemimpin PKR lebih cenderung Anwar dikorbankan. Buka kerana DAP terlalu suka Anwar. Tapi bagi DAP Anwar adalah "Malaikui" kalo bukan "hantu Melayu".
Inikah bisikannya:..."Tok Guru tolonglah please. Halang dan tolak (..dan jangan terima dan singkir dan sewaktu dengannya) Ku Li..namanyapun kuli"!! |
Anwar adalah "duri dalam daging PAS". Orang PAS yang benar-benar berpegang teguh kepada ideologi PAS yang ore yakin sungguh bahawa "ANWAR ADALAH DURI DALAM DAGING PAS". Kita jangan lupa bila ramai pemimpin kanan PAS lebih pro Ku Li mengetuai Pakatan Pembangkang.
Tidak ada siapa yang layak mengajar Ku Li berpolitik. Dia tidak payah diajar. Dia veteran politik yang "membiak dan membesar" dalam UMNO. Dia lebih faham UMNO dari setengah mereka yang menggelar diri sebagai pejuang UMNO. Jangan sekali-kali ajar Ku Li berpolitik. PAS juga jangan ajar Ku Li berpolitik. Buang masa kerana Ku Li lebih bijak dan lincah bermain "permainan politik". Tak kan Ku Li mudah masuk jerat. Mungkin Ku Li lebih bijak memasukkan orang lain ke jerat politiknya.
Dalam masa yang sama, sebahagian kepimpinan PAS memang menganggap Ku Li sebagai dalang UMNO kalo bukan UMNO tulen!. PKR tentulah Parti yang GELISAH bila nama Ku Li disebut mengetuai Pakatan Pembangkang. DAP tak payah cakap. DAP anggap Ku Li Ultra Malay dan tidak mungkin ikut telunjuk DAP seperti Anwar sedang dan akan lakukan. Kerana itu DAP mati-matian mahu Anwar kekal, walaupun Karpal Singh "mengarah Anwar diganti kerana banyak melakukan kemusnahan dan menyuruhnya bertaubat".Bak kata orang Cina, "BELAKANG KIRA".
Sebenarnya kini, bola di tangan PAS. Bila PAS nak korbankan Anwar?. Sekurang-kurangnya duri yang menusuk daging akan dapat dilenyapkan dan maruah PAS dapat diubati dan beransur dipulihkan dari kecederaan kerana MARUAH Anwar yang AMAT bertentangan dengan ideologi PAS.
Benarkah PAS dapat berterusan memuja MANUSIA tanpa maruah dan bersekongkol dengan "parti yang kapiaq"?
Posted by Senjaliza