Translate

11/11/2011

Mufti Minta Anwar Bertaubat!!!

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata sebarang kegiatan songsang yang bercanggah dengan akidah agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis boleh menjurus seseorang Muslim itu kepada murtad. 

Katanya, hubungan sejenis atau songsang ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada pupusnya manusia sejagat.

Beliau berkata, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah juga menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh serta terbabit dengan aktiviti tidak sihat atau program songsang yang dianjurkan pihak tertentu di negara ini.

“Oleh itu, sebagai mufti menjadi tugas saya memberi nasihat kepada rakyat negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan aktiviti songsang serta dilarang agama sebaliknya banyakkan beribadah serta mengimarahkan masjid. Sesiapa yang menyokong program songsang yang terang-terang merosakan akidah ini dikhuatiri akan menyebabkan murtad dan wajib bertaubat nasuha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...