Translate

11/11/2011

PROGRAM WACANA ILMU KURANG MENDAPAT SAMBUTAN !!!

YB Haji Ahmad Razif Abd. Rahman
Gong Badak 10/11/2011 - Program Wacana Ilmu anjuran Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, Kuala Terengganu. Program membicarakan tajuk yang begitu hangat diperkatakan ketika ini iaitu Bicara Sejarah: Pra-Pasca Kemerdekaan dan Hudud - Apa Masalahnya...?


Para Panel yang telah dipilih untuk membicarakan diatas tajuk 'Pra-Pasca Kemerdekaan: YBhg. Datin Paduka Prof. Hajjah Ramlah Adam (Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), YBhg. Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Nor (Mantan Ketua Polis Negara).  Manakala 'Hudud-Apa Masalahnya....?: YBhg. Encik Mohamad Isa Abd. Ralip (Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia) dan YBhg. Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya (Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (ILMU).


Moderator yang mengendalikan kedua-dua ruang bicara tersebut adalah Yg. Berusaha Dr. Maszlee Malik.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi Dan Sumber Manusia.



Namun begitu kehadiran peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan, agensi swasta, pesara-pesara kerajaan dan lain-lainnya adalah amat mendukacitakan.  Kira-kira 300 peserta saja yang hadir dengan kekosongan kerusi yang amat ketara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...