Memang panas! Sedang saya leka menonton TV sebentar tadi, saya mendapat panggilan dari salah seorang anggota keluarga Azmin. Saya sudah dapat mengagak, ada perkara panas yang berlaku mengenai Timbalan Presiden PKR itu. Cepat-cepat saya menutup “volume” suara TV dan menumpukan perhatian pada perbualan kami…
Nak tahu apa ceritanya? Begini…
Menurut sumber, hari ini ibu Azmin sudah tidak dapat menahan sabar lagi terhadap Shamsidar Taharin, isteri Azmin. Bukan saja memarahi dan mengecam Shamsidar, ibu Azmin turut mencabar isteri Azmin itu untuk bersumpah laknat! Dahsyat betul bila mendengar “intro” anggota keluarga Azmin ini. Saya terus mendengar cerita…
Sumber saya memberitahu, sejak kejadian Azmin memaki hamun ibu kandungnya itu pada pagi Syawal tempohari, dia masih belum menyesali tindakannya terhadap Mak Tom, apatah lagi untuk balik meminta ampun pada ibunya itu. Sehingga Syawal hampir berakhir, tidak kelihatan langsung kelibat Azmin untuk pulang memohon keampunan dari ibu yang dizaliminya…
Menurut sumber lagi, esok Azmin akan mengadakan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri dan semua rakyat Malaysia dijemput hadir. Kad-kad jemputan kepada VIP dan VVIP khabarnya sudah dikirimkan sejak awal lagi. Namun, yang peliknya, Azmin tidak langsung menjemput Mak Tom untuk ke majlis tersebut, apatah lagi adik beradiknya yang lain…