Translate

28/09/2011

Elaun Sara Hidup RM98 Juta Telah Disalurkan Kepada Nelayan - LKIM

Image Detail

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membelanjakan kira-kira RM98 juta kepada nelayan sebagai elaun sara hidup di seluruh negara bagi tempoh bulan Januari hingga Ogos tahun ini.

Pengerusinya Datuk Mohd Jidin Shafee berkata selain menikmati elaun sara hidup, para nelayan bakal mendapat kemudahan perlindungan insurans selepas mendapat kelulusan dari kerajaan kelak.
Katanya kemudahan itu disediakan bagi meringankan beban anggota keluarga nelayan sekiranya berlaku kemalangan terhadap nelayan berkenaan ketika berada di laut, katanya pada sidang media di sini Selasa.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah LKIM Datuk Mohad Khazin Hamzah.

Dalam pada itu Mohd Jidin berharap golongan belia akan menceburi kegiatan industri kecil dan sederhana Kor Tani iaitu bidang pertanian untuk menambah pendapatan keluarga mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...