Rabu, 28 September 2011

MAJLIS PERJUMPAAN MB TERENGGANU BERSAMA WARGA NELAYAN



Marang 28/09/2011 - Majlis Perjumpaan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu bersama warga nelayan DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang diadakan pada hari ini mulai jam 2.00 petang di JETI Kompleks LKIM Marang, Terengganu.  Turut hadir YB Dato' Yahya bin Khatib Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, serta tetamu kehormat, Ketua Jabatan bagi memeriahkan majlis yang diatur.



Majlis yang julong-julong kali diadakan di Marang adalah dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan DUN Rhu Rendang bersama Pejabat Perikanan Daerah Marang, LKIM Marang, Persatuan Nelayan Kawasan Marang dan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT).



Seramai lebih kurang 700 nelayan diseluruh kawasan Marang hadir dimajlis tersebut.  Penyampaian bantuan Jabatan Perikanan seperti Baucer Dividen kepada 43 orang, Lesen Sampan - 28 orang dan bantuan peralatan pemprosesan - 7 orang.  Kerajaan negeri turut menyumbang cek bernilai RM100,000.00 kepada setiap Persatuan Nelayan diseluruh Negeri Terengganu.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...