Translate

07/09/2011

PDRM DIDESAK UNTUK MENCARI KUCING HILANG ???????

Image Detail

NGO Gesa Polis Kesan Beberapa Ekor Kucing Yang Hilang ????

Pengerusi SPCA Christine Chin mesti lah memahami tugas-tugas polis yang semakin parah ketika ini dengan keadaan keselamatan dan sebagainya. Tak kan lah kucing hilang pun hantar memorandum kepada PDRM dan mendesak polis mencari kucing-kucing yang hilang ??? Jangan lah bangang dan bodoh sangat. Jabatan Haiwan / Veterina kan ada, jangan lah menganggu tugas-tugas polis hinggakah perkara sedemikian pun nak arah polis bertindak.


"KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selasa menggesa polis menyiasat dan mengesan beberapa ekor kucing yang didakwa belum ditemui selepas serbuan terhadap sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai di sini.


Pengerusi Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Christine Chin berkata polis perlu mencari kucing-kucing itu bagi memastikan ia mendapat perlindungan dan tidak terabai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh SPCA, Concerned and Angry Cat Owners Sympathetic Malaysians dan Roar Animal Welfare Groups yang meminta polis menyiasat perkara itu di Bukit Aman di sini Selasa.

Memorandum itu disampaikan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang diterima wakilnya ASP Fook Cheek Cheng.

Beliau berkata polis juga perlu mengadakan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengambil tindakan tegas terhadap penganiayaan haiwan.

Semalam, media melaporkan mengenai hotel haiwan berkenaan yang didakwa membiarkan kucing-kucing yang ditempatkan di situ kelaparan sehingga menyebabkan 12 ekor daripadanya mati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...