Translate

23/08/2011

PEMANDU HEBAT YANG PERLU DICONTOHI ?????? atau PEMANDU BIADAP !!!


Terengganu 22/08/2011 - Dalam perjalanan hamba ke Kota Bharu bersama keluarga dengan menaikki kenderaan dan apabila sampai di satu jalan lurus dan tidak berapa jauh daripada simpang ke Machang, Kelantan daripada Jerteh, hamba telah dikejutkan dengan pemotongan sebuah kenderaan Proton Waja berwarna Grey No. Pendaftaran WRK 2872 yang terdapat lambang (Logo) PDRM dikawasan 'GARISAN BERKEMBAR'.


Terfikir didalam otak hamba, ini kah contoh yang patut diikuti oleh masyarakat yang bergantung keselamatan dan contoh tauladan kepada mereka ini??? Kalau Polis sendiri telah melakukan kesalahan yang terang-terang menjadi contoh pada masyarakat, adakah ini patut dikuti???? Jahanam negara.
Sepatutnya mereka menunjukkan contoh yang baik dan bersopan di jalanraya, tetapi sebaliknya. Pada ketika itu kenderaan banyak menghala ke Kota Bharu dan ke Kuala Terengganu. Apa pandangan masyarakat terhadap kewibawaan PDRM.  Oleh kerana 'nila setitik habis susu sebelanga'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...