Khamis, 25 Ogos 2011

Hishammuddin terima ugutan bunuh, peluru dalam buku

Image Detail
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menerima ancaman bunuh — nota tulisan tangan dan dua peluru yang dikirim dalam sebuah buku.
Polis sedang menyiasat perkara tersebut.
Mengumumkan perkara itu di sini petang ini, Hishammuddin berkata buku berisi dua butir peluru itu diterima menerusi perkhidmatan pos biasa hari ini dan ia dikesan ketika bungkusan tersebut dibuka oleh seorang kerani pegawai khasnya kira-kira 2 petang tadi.

“Kedua-dua peluru turut diiringi nota tulisan tangan dalam Bahasa Melaysia, mengugut saya,” kata beliau pada majlis berbuka puasa di Pantai Dalam di sini, hari ini.
Naib Presiden Umno ini berkata beliau pernah menerima ugutan seumpama itu sebelum ini tetapi ini kali pertama disertakan dengan peluru.
Hishammuddin menambah beliau tidak tahu motif tindakan itu.
Beliau juga tidak berkongsi mesej nota ugutan itu.
Katanya, peluru dan nota itu telah diserahkan kepada polis untuk siasatan.
Beberapa ahli politik pernah menerima peluru sebelum ini, termasuk Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh.
Julai lalu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga menerima ugutan bunuh dalam bentuk SMS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...