KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menerima ancaman bunuh — nota tulisan tangan dan dua peluru yang dikirim dalam sebuah buku.
Polis sedang menyiasat perkara tersebut.
Mengumumkan perkara itu di sini petang ini, Hishammuddin berkata buku berisi dua butir peluru itu diterima menerusi perkhidmatan pos biasa hari ini dan ia dikesan ketika bungkusan tersebut dibuka oleh seorang kerani pegawai khasnya kira-kira 2 petang tadi.