Translate

25/08/2011

Suami tangkap isteri curang dengan lelaki lain


Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapati isterinyaberkhalwat dengan seorang lelaki di Pangsapuri Kenanga View, awal pagi semalam.

Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.

Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali.


Pasangan berkenaan yang berpakaian.....

lengkap, ditahan anggota penguat kuasa Jais ketika berada dalam sebuah bilik di kediaman itu.

Turut bersama dalam operasi itu, dua anggota dari Balai Polis Kajang dan beberapa penghuni di pangsapuri berkenaan selepas dikatakan tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan mungkar pasangan itu.

Suami wanita itu yang berusia lingkungan 60-an dan enggan dikenali berkata, dia yang turut bersama dalam operasi terbabit hanya mampu menahan kemarahan dan hampir pitam sejurus melihat isterinya berada bersama lelaki lain.

“Selama ini, saya hanya mengesyaki isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan selepas melihat sendiri kecurangannya di depan mata, hati saya begitu geram.

“Namun, biar undang-undang yang menentukan dan saya serahkan segala kes ini kepada pihak berkuasa (Jais) untuk siasatan,” katanya yang sudah tidak dapat menerima lagi isterinya itu.

Menurut suami malang terbabit, dia mendirikan rumah tangga sejak 19 tahun lalu dan mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dan tidak menyangka isterinya itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan tinggal bersama lelaki bukan mahram.

“Saya mula mengesyaki isteri mempunyai hubungan sulit sejak beberapa bulan lalu selepas melihat sikapnya yang kerap menjauhkan diri setiap kali telefon bimbitnya berbunyi.

“Saya mula mengesyaki isteri mempunyai hubungan sulit sejak beberapa bulan lalu selepas melihat sikapnya yang kerap menjauhkan diri setiap kali telefon bimbitnya berbunyi.

Menurutnya, sejak itu, isterinya yang juga mengajar di sebuah pusat tuisyen di Kajang itu kerap pulang lewat ke rumah walaupun kebiasaannya pusat mengajar berkenaan sudah tutup pada jam 10 malam.

“Isteri saya tiba ke rumah jam 12 tengah malam dan perangainya bertambah teruk, termasuk pernah tidak pulang langsung,” katanya.

Lelaki itu mendakwa, isterinya juga pernah menutup telefon bimbitnya dari pagi dan dia hanya dapat menghubungi wanita berkenaan semula pada sebelah malam.

“Sebenarnya, saya sangat risaukan keselamatannya ketika itu kerana telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Namun, dengan rasa tidak bersalah, isteri saya pulang ke rumah tanpa memberikan alasan munasabah.

Difahamkan, cinta antara wanita itu dan lelaki terbabit mula berputik selepas mereka bertemu ketika menghadiri kursus pada September tahun lalu dan ia semakin menjadi-jadi apabila lelaki berkenaan mengambil kesempatan menyenaraikan nama wanita berkenaan setiap kali kursus dianjurkan.

p/s: Mungkin faktor usia si suami yang membuat si bini ni mengatal. Nafsu seks masih membara, suami pulak dah tak mampu nak puaskan, apalagi cari jantan lain ler…halal haram belakang kira. Cikgu pulak tu. Apa punya siallah bini yang berperangai macam ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...