Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Pakatan mungkin fikir rakyat Malaysia ini bodoh dengan mengatakan bahawa sistem pilihanraya yang ada sekarang adalah sangat kotor. Mereka lupa apabila tahun 2008, Pakatan sendiri telah menang di beberapa negeri serta BN hilang kuasa dua pertiga.
Ini membuktikan fakta tersebut menjadi kayu ukur bahawa pihak SPR tidak pernah melakukan penyelewengan dalam menyelenggara sistem pilihanraya bagi menentukan politik tanah air.
Ingin dinyatakan kepada Anwar dan pemimpin Pakatan yang berkeras untuk meneruskan perhimpunan haram BERSIH.., jika betul lah demokrasi Malaysia itu tak adil dan hanya memihak kepada kerajaan Barisan Nasional, parti-parti dalam Pakatan telah lama tumbang dan langsung tak berpeluang untuk bernafas didalam politik negara.
Didalam penganjuran tunjuk perasaan seperti BERSIH ini yang secara jelas menghasut rakyat, isu sebenar yang cuba ditutup oleh Anwar dan Pakatan ialah mereka tidak boleh menang di PRU 13 nanti tanpa ada kekecohan dan perasaan tak puas hati rakyat terhadap kerajaan. Inilah asas sebenar penganjuran demo BERSIH ini.
SPR dituduh sebagai parti komponen BN yang hanya memihak kepada kerajaan. Sedangkan pada realitinya, Pakatan dan BN berpencak di gelanggang yang sama rata dan juga sama demokrasinya. SPR hanya ditugaskan untuk memantau dan rakyat yang menjadi juri untuk memilih siapa yang mereka inginkan untuk menerajui negara.
Tak timbul soal pengundi hantu yang kononnya digunakan oleh BN seperti yang sering mereka dakwa disetiap kali pilihanraya. Dan jika difikirkan, mengapa isu pengundi hantu serta penyelewengan SPR hanya ditimbulkan jika Pakatan kalah sahaja? Kenapa bila menang, mereka langsung tak bersuara tentang semua itu?
Sebenarnya rakyat lah yang menjadi penentu kepada untung nasib sesebuah parti yang bertanding didalam pilihanraya. Jika rakyat yakin parti tersebut mampu menggalas amanah yang bakal diberikan, rakyat akan memberikan undi mereka. Begitu juga sebaliknya seperti apa yang berlaku di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan.
Sekarang ini kita lihat sendiri, pemimpin-pemimpin Pakatan bermati-matian mahu melakukan demonstrasi di jalanan bagi menghuru harakan negara. Mereka tahu dengan cara yang betul dan demokrasi, mereka tak akan mampu meneruskan pembohongan mereka pada rakyat pada PRU13 nanti.
Malah mereka amat risau jika negeri-negeri yang mereka tawan sekarang terlepas dari genggaman mereka. Maka jalan mudah untuk memburukkan kerajaan ialah dengan menghasut rakyat. Anwar dan Pakatan tahu, jika mereka bertanding secara BERSIH, mereka sudah pasti kalah.
8 tuntutan yang kononnya mahu mendemokrasikan dan membersihkan sistem pilhanraya negara yang dikemukakan oleh Pakatan sebenarnya tak ubah sebagai umpan saja. Isu sebenarnya ialah mereka mahu menumbangkan kerajaan melalui rasa tak puas hati rakyat seperti di Tunisia, Mesir dan juga Libya.
Himpunan haram BERSIH nanti sebenarnya hanya untuk mempergunakan rakyat demi agenda politik mereka. Dan mereka memomokkan himpunan tersebut sebagai kononnya luahan hati rakyat, sebaliknya ia adalah luahan rasa tamak haloba Anwar dan juga kuncu-kuncunya. Maka wajarlah BERSIH dihalang dan di tangani dengan tegas oleh pihak yang berwajib.
Jangan biarkan rakyat dimanipulasi oleh pengkhianat-pengkhianat Pakatan ini demi untuk memastikan kesinambungan karier politik mereka. Politik mereka ialah politik menghalalkan cara. Jika dibiarkan, mereka sanggup berbuat apa saja termasuklah menghancurkan keamanan negara!