Translate

01/07/2011

AP dakwa Anwar 'raja' kegiatan wang tidak sah

Go to fullsize imageCek Scammer


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, Encik N. Gobalakrishnan, mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah 'raja' kepada segala aktiviti pengubahan dan pengaliran wang tidak sah di Malaysia.

Menurutnya, Datuk Seri Anwar, melalui 'orang tengah', telah membawa keluar ratusan juta ringgit dalam not RM500 ($203) dan RM1,000 untuk disimpan di Indonesia dengan menggunakan jet peribadi milik syarikat judi.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, Encik Gobalakrishnan, berkata semasa Datuk Seri Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu, sebanyak RM13.2 bilion wang dalam not RM500 dan RM1,000 telah dicetak.


Sehubungan itu, beliau menuntut Kementerian Kewangan menyiasat secara terperinci penglibatan Datuk Seri Anwar dalam aktiviti tersebut dan berjanji akan membantu siasatan pihak berkuasa jika beliau diberi imuniti.

'Anwar 'raja' segala aktiviti pengubahan dan pengaliran wang tidak sah di negara ini.

'Berbeg-beg wang dalam not RM500 dan RM1,000 diterbangkan ke Indonesia,' katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, kelmarin.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan Datuk Seri Anwar terbabit dalam aktiviti pengaliran wang haram berjumlah RM888 bilion seperti yang dilaporkan oleh Integriti Kewangan Global (GFI).

Ini kerana Datuk Seri Anwar adalah pengamal nepotisme dan kronisme tegar dan beliau percaya duit tersebut jugalah yang digunakan sewaktu ketua pembangkang itu 'mengguling' Allahyarham Tun Ghafar Baba dahulu, dakwa Encik Gobalakrishnan.

Selain itu, beliau juga mendakwa Datuk Seri Anwar bersama Timbalan Presiden PKR, Encik Azmin Ali, mengarahkan agar dana RM50 juta bagi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan Felda di Selangor, dialirkan secara haram kepada pemimpin pembangkang.

Anggota Parlimen PKR, Encik Azan Ismail, bagaimanapun cuba menghentikan Encik Gobalakrishnan daripada terus membuat pendedahan.

'(Ahli Parlimen) Padang Serai ini dah makan tengah hari ke belum?

'Saya kagum dengan keberanian Padang Serai tetapi setuju atau tidak sebelum persidangan setiap ahli Parlimen perlu menjalani ujian air kencing bagi dipastikan dia mabuk atau tidak?' kata Encik Azan.

Namun, Encik Gobalakrishnan secara bersahaja dan sinis berkata:

'Saya sudah makan tengah hari dan sekarang sedang makan PKR.' - Utusan Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...