Translate

02/07/2011

Bilangan ibu tunggal meningkat - ???

Return to Main Page for Janda kembang Posters

Kerajaan Negeri akan memberi perhatian serius kepada golongan ibu tunggal bagi mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan berikutan peningkatan 10 peratus bilangan ibu tunggal di negeri ini berbanding tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata, jumlah ibu tunggal di negeri ini meningkat kepada 22,000 orang tahun ini berbanding 20,000 tahun lalu. 

“Justeru, Kerajaan Negeri rasa bertanggungjawab membantu golongan ini lebih-lebih lagi ia semakin bertambah setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demi-kian pada majlis perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa, di sini.

“Setakat ini, Kerajaan Negeri sudah mengambil beberapa pendekatan untuk mengatasi masalah kemiskinan ibu tunggal dengan menyediakan peluang dan bantuan kepada golongan itu membabitkan pelbagai agensi serta jabatan kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta tahun ini untuk membaiki rumah dilanda ribut di negeri ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...