Translate

02/07/2011

Imam kemaruk seks hadapi pendakwaan

View Image

BUKIT BESI - Seorang imam surau berstatus ustaz yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes mencabul kehormatan seorang pelajar sekolah menengah dekat sini minggu lalu, bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret sebaik mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa raya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asistan Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, kertas siasatan sudah diserahkan kepada pihak pendakwa raya dan kes setakat ini disiasat mengikut seksyen 377c/354 Kanun Keseksaan. 

Katanya, suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis buat sementara waktu setelah arahan tahanan reman ke atasnya berakhir hari ini, dan dia akan dituduh dalam masa terdekat sebaik mendapat arahan pihak pendakwa raya.

Sinar Harian 28 Jun lalu melaporkan, seorang imam yang kemaruk seks sanggup membelakangkan hukum agama apabila tergamak menodai kesucian seorang pelajar perempuan ketika memberi rawatan kepada gadis belasan tahun yang difahamkan terkena gangguan makhluk halus itu.

Perbuatan terkutuk yang dipercayai berlaku antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari itu dipercayai terbongkar apabila mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu bapanya sebelum satu laporan polis dibuat ke atas suspek.

Berikutan laporan itu, penduduk sekitar juga difahamkan turut terkejut dengan perbuatan terkutuk yang dipercayai melibatkan orang dihormati di kampung terbabit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...