Translate

21/06/2011

ULASAN TERHADAP KENYATAAN KHAIRY JAMALUDDIN (KJ)

View Image

KUALA LUMPUR 21Jun2011: YB Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa menyambut baik kenyataan KJ mengesa Polis siasat saya di bawah Akta Hasutan dan merasa amat bangga dengan  kecaman Lim Kit Siang.
“Saya merasa sungguh HEBAT. Mereka berdua membuat kenyataan berdasar lapuran berita dalam Portal M.Insider.Mereka tidak peduli dan menyemak apa kenyataan “bermaksud” yang saya lafaskan semasa sidang akhbar selepas pelancaran Gerakan Aman Membantah Bersih”. Kata Dato Ibrahim Ali melalui kenyataan media yang di kirimkan kepada pribumiperkasa.com sebentar tadi.
“Tetapi yang jelas dan nyata bila ada peluang,mereka mahu belasah saya”. Kata Ibrahim Ali yang juga di gelar “Adi Jagat”.
Semalam Khairy Jamaluddin berkata melalui siaran portal berita “Malaysianinsider” “Saya hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa ini adalah pandangan seorang Ahli Parlimen yang tidak mewakili majoriti kaum Melayu. Beliau juga turut berkata “Kami adalah kaum berhati mulia, kami tidak melanggan pandangan ini,”
Sehubungan itu, Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.
“Apa yang beliau kata sangat bahaya” kata Khairy lagi yang juga Ahli Parlimen Rembau, “sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan,”
Kenyataan media juga menyebut Dato Ibrahim Ali turut berkata “Pada Lim Lim Kit Siang tidak ada apa nak di hairankan, saya ibaratkan dia (Lim Kit Siang) se ekor lembu tua yang kalau di rebus pun tidak lembut lagi”.
“Kita tahu siapa Lim Kit Siang sejak peristiwa I3 Mei 1996. Manakala M.Insider cari KJ,untuk mengecam saya sebab kita tahu hubungan M.Insider dan Khary Jamaludin (KJ).
“Anehnya Pemuda UMNO juga nak berhimpun walaupun Pemuda MCA tak sokong.Gerakan dan MIC diam. Khairy Jamaluddin adalah Ketua Pemuda Barisan Nasional pada nama saja, tampa boleh melakukan apa pun”. kata Ibrahim Ali didalam kenyataan media tersebut.
“Kalau pemuda (UMNO) berhimpun tanpa permit 9hb Julai,ini pun langar undang undang juga, Adakah KJ benar akan turun atau gempar saja”.
Pemuda UMNO kini dilihat saperti sudah hilang ‘taring’ sejak di ketuai oleh Khairy Jamaluddin.
“Sekarang KJ,sudah ambil tugas IGP ( Ketua Polis Negara). Apa kata KJ arah IGP supaya polis siasat ‘politik wang’ yang dia di dakwa terlibat oleh Jawatan Kuasa Disiplin UMNO dan peranannya dalam ECM Libra sebelum ini”.
“Elok juga KJ di siasat, sebab dalam tempuh begitu singkat,masa bapa mertua jadi Perdana Menteri,beliau sekelip mata jadi hartawan”.
“Bila dia berniaga? dan apa perniagaannya? Saya rasa nak siasat la KJ ini atau saya ingin cadangkan pada mana mana pelajar tahun akhir untuk membuat kajian tesis atas “kejayaan Khairi Jamaluddin @ KJ”. kata Presiden Perkasa ini.
“Sungguh hebat KJ ini sehingga beliau juga cadang Dailog Langkawai di hentikan.Sebabnya bukan tidak relevan,tapi kerana ianya di asaskan oleh Tun Dr Mahathir.”
“Saya juga di fahamkan KJ adalah salah seorang bakal peserta kapal MV FINCH misi Freedom Flotilla ke Gaza”.
“Saya merayu bila pulang dari Misi Gaza nanti, jangan pula dia buat kenyataan,minta Israel siasat kapal Flotilla kerana mengancam keselamatan dunia”.
“Mana tahu kalau M.Insider minta komen dan Saya juga tidak mengharap Ahli Ahli Parlimen Melayu yang lain sokong, Saya.seorangpun mampu untuk berjuang”.Kata Dato Ibrahim Ali mengakhir kenyataan media beliau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...