Translate

23/04/2011

Terengganu Perlukan Banyak Program Kebudayaan Tarik Pelancong

KUALA TERENGGANU, 21 April (Bernama) -- Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) menyarankan pihak bertanggungjawab menganjurkan lebih banyak program kebudayaan bagi menarik pelancong tinggal lebih lama di negeri itu.

"Kita bimbang apabila pelancong datang ke sini, tidak ada apa yang hendak ditonton dan mereka akan pulang atau beralih ke tempat lain. Ini akan hanya merugikan pengusaha pelancongan terutama peniaga kita," kata Pengerusi PPNT Wan Supian Wan Ishak kepada Bernama di sini pada Khamis.
Beliau mencadangkan agar pertunjukan kebudayaan seperti tarian dan persembahan rodat diadakan di lokasi-lokasi strategik secara berjadual.

"Kita tidak mahu pelancong hanya datang untuk melihat tempat-tempat menarik di Terengganu tanpa dihidangkan persembahan seni budaya negeri ini," katanya.

Wan Supian berkata kerajaan negeri perlu mengadakan semula kalendar pelancongan yang memaparkan jadual persembahan, pesta atau kejohanan sukan di negeri itu sepanjang tahun bagi memudahkan pelancong merancang percutian mereka ke Terengganu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...