Translate

Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan

29/06/2012

Lokasi Penganjuran Jetrace Antarabangsa Pindah Ke Tasik Kenyir

Kerajaan negeri berhasrat untuk memindahkan lokasi penganjuran acara Terengganu World International Jetrace Challenge yang sebelum ini diadakan di Pulau Duyong dan Batu Buruk ke Tasik Kenyir, bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata usaha menukar lokasi baru penganjuran sukan yang mendapat penyertaan peserta luar negara itu bagi memastikan lebih ramai pelancong seluruh dunia akan mengunjungi tasik terbesar di Asia Tenggara.

“Kita mendapat cadangan supaya acara ini bukan lagi diadakan di Pantai Batu Buruk , sebaliknya di Tasik Kenyir pada tahun depan.

“Ada permintaan daripada Ketengah (Lembaga kemajuan Terengganu Tengah) berikutan mereka memerlukan program antarabangsa dan bertaraf dunia bagi membantu menarik lebih ramai pelancong ke pusat pelancongan itu,” katanya.

Menurut Rahin, selain pertandingan sukan ekstrim menggunakan kraft air itu, Tasik Kenyir turut menjadi medan penganjuran acara pelancongan antarabangsa lain termasuk Kenyir Lake International Triathlon pada Mac dan Kenyir Cup (November).

Rahin berkata, penganjuran pelbagai acara sukan dunia dan juga pertandingan memancing yang terbuka kepada bangsa asing diharap mampu menarik lebih ramai pelancong ke Tasik Kenyir, sekali gus mencapai sasaran empat juta pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

23/04/2011

Terengganu Perlukan Banyak Program Kebudayaan Tarik Pelancong

KUALA TERENGGANU, 21 April (Bernama) -- Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) menyarankan pihak bertanggungjawab menganjurkan lebih banyak program kebudayaan bagi menarik pelancong tinggal lebih lama di negeri itu.

"Kita bimbang apabila pelancong datang ke sini, tidak ada apa yang hendak ditonton dan mereka akan pulang atau beralih ke tempat lain. Ini akan hanya merugikan pengusaha pelancongan terutama peniaga kita," kata Pengerusi PPNT Wan Supian Wan Ishak kepada Bernama di sini pada Khamis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...