Translate

21/04/2011

Pengakuan Anuar - Individu dalam video porno sebenarnya adalah aku !!!



Rakyat Malaysia kini tertumpu kepada siasatan Polis mengenai kesahihan video seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang. Selain itu, rakyat juga tertunggu-tunggu pengesahan sama ada benar Anwar Ibrahim adalah individu didalam video tersebut.
Walaupun Anwar menafikan dia yang berada didalam video porno tersebut, didapati wajah dan gerak tubuh individu didalam video itu memang menyerupai Anwar. Namun kuasa untuk mengesahkan perkara itu masih lagi berada ditangan pihak Polis.

Dalam sibuk-sibuk rakyat Malaysia berteka teki sama ada betul atau tak individu dalam video itu adalah Anwar, Berita Harian hari ini melaporkan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan telah mengesahkan orang yang melakukan hubungan seks dengan pelacur China didalam video tersebut SEPADAN dengan Anwar Ibrahim.
Keputusan analisis dari agensi itu diperolehi oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.
Agensi penyiaran tersebut membuat padanan berdasarkan perincian saiz tubuh Anwar yang terdapat dalam rekod pihak Polis. Ini meguatkan lagi dakwaan umum bahawa Anwar benar-benar melakukan perkara terkutuk itu.
Sebelum ini, pihak Polis telah mengesahkan video aksi seks tersebut adalah video asli dan bebas dari sebarang manipulasi. Dan kini, analisis visual dan teknikal video berkenaan juga mendapati ia sepadan dengan Ketua Pembangkang.
Selepas ini, apa lagi alasan yang penyokong pembangkang mahu gunakan untuk menafikan kebenaran yang semakin terserlah. Mereka sendiri yang bersembahyang hajat memohon kebenaran, tetapi apabila kebenaran itu hadir, mereka sendiri pula yang bermati-matian menafikannya.
Dipihak Anwar pula, dia dan keluarganya sendiri langsung tak berusaha mempertahankan diri dari isu video seks ini. Jika mereka berada dipihak yang benar, kenapa Anwar atau Wan Azizah langsung tak mahu menyaman Trio Dato T atau bersumpah laknat menafikan mereka terbabit?
Seperkara lagi, ulamak-ulamak PAS juga banyak yang membisu dan seolah-olah tak mahu membuat kenyataan mengenai isu video seks Anwar. Mereka sepatutnya mendesak Anwar menjelaskan keadaan sebenar ataupun mencari penyelesaian mengikut kaedah Islam.
Sekadar menafikan sambil menunjukkan perut yang kempis, mana cukup untuk menutup mulut dan persepsi yang sedang berlegar dikalagan rakyat Malaysia terutamanya penyokong-penyokong Pakatan. Persoalan mengenai jam Omega pun tak terjawab, takkanlah rakyat nak percaya dengan mitos perut kempis Anwar?
Nampaknya, penyokong dan pengikut Anwar harus bersedia untuk menghadapi realiti yang Anwar akan kembali ke Sungai Buloh. Dan kali ini, dia akan tinggal disitu untuk tempoh yang panjang dan karier politiknya pasti akan berkubur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...