Translate

22/04/2011

Balai Pemeriksaan Hutan Marang ????


Dalam usaha untuk membangunkan Pekan Daerah Marang, terdapat satu lot tanah dengan keluasan beberapa meter persegi tersorok sebuah rumah usang dalam keadaan yang uzur serta menyakitkan mata.  Para pengunjung terutama para pemancing yang datang ke LKIM Marang, Terengganu akan tertanya-tanya adakah di Bandar Marang masih lagi terdapat hutan balak ????? kerana terdapatnya bangunan tersebut dengan papan tanda "BALAI PEMERIKSAAN HUTAN MARANG".


Beberapa orang penduduk tempatan Marang menyuarakan bahawa bangunan tersebut telah tidak sesuai ujud dikawasan tersebut memandangkan dikawasan Bandar Marang tidak lagi terdapat hutan balak.  Bangunan tersebut terbiar begitu saja dan menimbulkan berbagai masalah kepada penduduk setempat.


Penduduk setempat mencadangkan bangunan ataupun kawasan tersebut sangat sesuai ditempatkan Pejabat Persatuan Nelayan Daerah Marang yang terletak tersorok dibahagian belakang deretan kedai makan LKIM Marang.


Pihak-pihak tertentu perlu mengambil tindakan yang lebih drastik, demi memastikan dipersekitaran kawasan tersebut diperindahkan untuk menarik lebih ramai pelancung datang ke Daerah Marang, terutamanya kepada pemancing-pemancing dari seluruh negara.


Yang menyedihkan sekali Karnival Mencandat Sotong Harian Metro 2011 bermula pada 29 APRIL selama 3 hari, tidak lagi diadakan di Daerah Marang, memandangkan keadaan persekitaran dikawasan LKIM yang begitu menyedihkan dan tidak sesuai untuk mengadakan sebarang aktiviti memancing yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Pihak-pihak tertentu perlu mengambil ikhtibar daripada perkara tersebut, demi menyahut saranan pucuk pimpinan untuk menarik lebih ramai pelancung dalam dan luar negara berkunjung ke destinasi pelancungan yang terdapat di Daerah Marang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...