Translate

26/03/2011

Video seks: ‘Saya tengok aksinya boleh tahan hebat di dalam video itu’ – Zaid Ibrahim

Ada satu hal tentang Datuk Zaid Ibrahim yang banyak daripada kita setujui. Beliau ini jenis cakap lepas dan dikenali seorang yang tidak banyak berdolak dalik. Sebab itu barangkali Datuk T pun terdorong ajak beliau joint sekali tengok video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Khamis, Presiden Parti KITA yang pernah satu ketika jadi orang kanan PKR menulis di dalam blog peribadi dan juga kepada media mengaku secara terbuka sudah tonton video yang kini menjadi bualan ramai. 

Dari sudut pandangnya beliau percaya lelaki dalam aksi video itu adalah Anwar.

“Ramai yang tanya soalan yang salah juga buat andaian. Isu utamanya adalah apakah video tersebut tulen,” kata beliau.

Menurut Zaid, sekalipun percaya lelaki di dalam klip video itu adalah Anwar beliau tidak dapat menentukan adakah rakaman tersebut benar atau palsu.
Menceritakan dari mula, kata Zaid, apabila kali pertama beliau tahu tentang kewujudan video tersebut (Isnin), beliau sendiri teruja seperti orang lain.
Sehari kemudian, beliau menerima panggilan telefon minta beliau hadir menyaksikan tayangan tersebut di mana beliau bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan dua yang lain.
Menurut Zaid apabila melihat klip video tersebut, beliau tahu itu Anwar.
“Saya tahu wajahnya (Anwar), bila kamu lihat gambar Barack Obama, apakah kamu tanya macam mana kamu kenal itu wajah Obama?” soalnya sinis dalam satu temubual dengan laman web FMT.
Zaid turut persoalkan kenyataan Anwar bahawa lelaki dalam rakaman tersebut bukan beliau kerana ‘perut buncit’.
“Anwar bukan kurus sangat” katanya.
“Apabila kamu berumur 64 tahun, kamu akan buncit sikit, boleh kamu tunjukkan orang yang berusia 64 tahun dan ada ‘six-pack’, dan macam mana kamu tahu dia sakit belakangnya teruk seperti yang dia selalu sebut? Saya tengok aksinya boleh tahan hebat di dalam video itu!”
“Selain itu, mana dia jam Omega yang diambil dari tempat kejadian? Dia (Anwar) kata ada pada isterinya jadi kenapa tidak ditunjukkan?
“Apa yang saya tahu jam itu ada dengan pihak lagi satu (Datuk T) sebab saya sudah tengok.”
Bagaimanapun, kata Zaid, memandangkan rasa skeptism terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini, “maka biar kita minta panel antarabangsa yang terdiri daripada pakar (membabitkan) Scotland Yard, FBI, dan juga Pasukan Polis Berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu,” katanya.
“Kita sudah lama dilaungkan dengan teori konspirasi. Ceritanya sama, selalu saja ada orang yang hendak jatuhkan Anwar dan semua tuduhan terhadapnya palsu. Kita perlu tahu kebenaran kali ini” kata beliau.
Zaid turut menolak spekulasi bahawa ‘timing’ video tersebut didedahkan ada kaitan dengan pilihanraya negeri Sarawak.
“Kalau video itu didedahkan sebulan awalpun, orang masih kaitkan dengan pilihanraya Sarawak,”katanya.
“Kamu patut tanya Anwar kenapa dia buat ‘aksi’ ini sebelum pilihanraya. Kamu tidak boleh salahkan Datuk T yang buat khidmat awam.
“Kalau saya jumpa video ini pun, saya akan didedahkan kerana ini melibatkan ketua pembangkang dan perdana menteri di masa hadapan. Bukankah itu kepentingan awam?
Ditanya apakah beliau akan mengambil pendirian yang sama jika belum meninggalkan PKR, jawab Zaid, “Ya, sudah tentu,”
Menurut Zaid, beliau tidak melihat klip video seks yang membabaitkan bekas Menteri kesihatan Datuk Seri Dr Chua Chua Soi Lek, bertentangan dengan semua andaian, melangkaui rasa malu dan trauma dengan kecurangannya.
“Apa yang mengagumkan saya adalah pengakuan kepada umum yang beliau (Soi Lek) melakukan kesilapan. Dia bersedia bertemu penyokongnya, mengaku salah yang pernah dilakukannya, memohon keampunan dari keluarganya…
“Kita ahli politik tidak sempurna tapi apabila ‘kantoi’ kita harus mengakuinya dan jujur terhadap kelemahan kita…
“Setiap kali ada tuduhan salahlaku seksual atau penyelewengan melibatkan Ketua pembangkang, DAP dan PAS akan melindungi dan teguh mempertahankan beliau.
“DAP dan PAS tidak meminta sebarang penjelasan dari Anwar, jadi Anwar bebas dah tidak perlu bertanggungjawab pada sesiapapun di atas segala tingkah lakunya,”kata beliau.-24/3/2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...